Monday, May 26, 2014

Tokyo Trip - Day 3


8th April 2014

Hari ni aku nak optimumkan waktu siang untuk melawat sebanyak mungkin tempat, ambil pengajaran apa yang terjadi semalam. Terbit satu semangat berkobar-kobar untuk buat trip jalan-jalan ala Amazing Race. 

Lets start the journey!

Syoknya having this kind of feeling of becoming a tourist, in foreign land, not wearing office attire, and most importantly do not have to think about work! I am tourist, rambling and wandering around, sightseeing, exploring places and cultures, doing people watching, enjoying local foods, just let loose and lost track of time....great feeling! Alangkah bagus if my hobby is my job.


Duduk dalam subway, aku buka buku Tokyo City Guide dan turn to chapter Imperial Palace. Dapat la tahu serba sedikit tentang sejarah tempat yang nak dituju ni. Oleh kerana Stesen Asakusa ni stesen pertama, maka dapat la aku secure a seat, dapat la tunduk membaca dan padangan aku hanya buku dan kaki-kaki orang Jepun. Oh ya, sepanjang pengamatan aku, penumpang dalam subway metro atau toie line di Tokyo ni takde la sepanjang masa crowded cuma hanya waktu rush hour. Sepanjang berada di Tokyo, hanya sekali aku alami suasana padat yang terrlalu padat dalam tren sampai dah tak perlu pegang pada apa apa sebab masing-masing menahan dan bersandar atas badan sesama sendiri (sila bayangkan). Itu terjadi sewaktu aku naik tren Yamamote line, sebab Yamamote line agak meluas kawasan laluannya, semacam ring rail network, dan ia above ground. 

Menuju destinasi pertama aku pastinya Imperial Palace. Datang awal pagi, harapnya less crowd, sebab dari pengamatan semalam, crowd yg keluar dari Otemon Gate tu punya lah ramai, mcm ada pesta selayaknya. Tak syok sightseeing kalau terlalu crowded. Hari ini aku antara yang paling awal sampai sana. Masuk melalui Otemon Gate, yang merupakan pintu masuk utama yang paling grand sewaktu zaman kegemilangannya. Gate Otemon ini yang paling impressive, among the rest. Namum, apa yang ada sekarang cuma binaan replika yang dibina menyerupai asal, yang telah musnah di bom ketika perang dunia ke-2 (*war is just a waste).


Imperial Palace ni kawasan dia dikelilingi terusan (canal) yg bertindak sebagai halangan untuk pertahanan dari musuh. Dulu canal ni memang bersambung-sambung membentuk satu jaringan canals yg besar dan bersambung dgn Sungai Sumida, seakan seperti konsep canals kat Amsterdam. Tapi sekarang hanya tinggal canal yang ada disekeliling Imperial palace ni sahaja, selebihnya, kemungkinan telah ditimbus untuk memberi laluan kepada pembangunan. Aku tahu tentang ini sewaktu pergi ke Muzium Edo-Tokyo, disitu ditunjukkan gambaran kota Tokyo sewaktu zaman Edo (nama lama Tokyo sebelum maharaja Meiji tukar ke Tokyo pada tahun 1880-an).


Untuk sebuah mega metropolis sebesar Tokyo, jangan mengandaikan Tokyo tiada kawasan hijau yg luas. Sebenarnya wujud tidak kurang dari empat, salah satunya taman Imperial Palace ini, yg merupakan satu kawasan hijau yg begitu besar, mendamaikan, seakan begitu jauh dari kota (kawasan hijau utama yang lain adalah Shinjuku Gyoen, Euno Koen, dan Yoyogi Koen Meiji Shrine). Serasa berada ni kawasan kedesaan. Dengan disulami kicauan sang unggas, rimbunan pepohon hijau dan pepohon berdaunkan bunga sakura dan cherry saling bersahabat. Kawasan ini satu kompleks kediaman diraja yang luas dan masih lagi didiami keluarga maharaja Jepun, lantas disebabkan itu sebahagian kawasannya ditutup kepada lawatan awam.

Selain tembok batuan yang tinggi, dan beberapa struktur kubu, terdapat juga rumah tradisional, rumah pengawal istana, ada beberapa bangunan seakan istana tapi saiz yang kecil. 

Di Tokyo tiada istana yang gah seperti foto di bawah, kerana ianya terletak di Osaka (Himeji Castle).


Namun begitu, jika dikaji sejarah, dahulunya kawasan Imperial Palace Tokyo ni sebenarnya banyak menempatkan istana yang gah dan hebat juga, tapi disebabkan mostly diperbuat dari kayu, after a certain period upon completion, it burned to the ground, and they never built it again. It must be very torturing dan heartbroken for them to see the impressive palace they built with years of hard efforts, just in split second burnt down and turn into ashes. Ini semua diceritakan kat Muzium Edo-Tokyo.

Hari ni cuaca panas pulak, sebab cloudless dan windless, rasa mcm dah lebih 20degC. Terpaksa la aku tanggalkan jaket sebab dah rasa mcm orang bodoh pakai jaket time panas gini, walaupun ramai je yang masih mengenakan jaket. Cuaca disini unpredictable, kejap lagi boleh bertukar sejuk semula kot. Kalau kena hari mendung dan berangin, cuaca akan jadi sejuk sekitar 10 degreeC. Pernah satu malam cuaca sejuk berangin, rasa macam sejuk musim winter. The trees, flowers, stonewalls,  and little lake all balanced each other in pretty vistas, so it was fun to see everything from different angles. 


Lepas dan puas spend time kat Imperial Palace sambil tengok gelagat pelancong lain, termasuk beberapa gerombolan pelancong warga tua Jepun sendiri. Seronok tengok mereka yang kelihatan sentiasa positif dan ceria di usia emas.


Dari situ aku ambik semula train di stesen sama iaitu Otemachi menuju ke Shinjuku, ke destinasi seterusnya Meiji Shrine, tapi sebelum itu nak singgah seketika di Takeshita Dori dulu, nak tengok suasana tempat ni di tengah hari pula, sebab dua hari lepas hujan renyai tak dapat pusing betul-betul. Untung-untung dapat tengok colsplay girl dengan costume berlainan pulak. Malangnya tak ada langsung kelibatnya, cuma yang ada hanya typical youngsters yang ranggi dan rambut kaler pelik-pelik. Probably because it is weekdays.


Beli the famous japanese crepe with icecream and colourful fruity stuffing. Kat Malaysia pun ada benda ni, tapi memandangkan di sinilah tempat asal kelahirannya, jadi kenalah cuba. Pilihan yang ada terlalu banyak, aku pun tak reti nak pilih  and I dont give a damn care to try digest and process info about all this non-sense range of choices into my head, aku cakap je kat kaunter just give me the same thing as the previous girl order…hehehe…senang kan! (*why make life complicated?)

Dari situ, lanjutkan perjalanan ke Meiji Shrine, yang terletak bersebelahan Station Shinjuku. Selang beberapa langkah ke depan dalam 10 meter, turn right, there you go, akan nampak satu pintu gerbang diperbuat dari kayu, u can't miss it. Tempat ini sebuah taman atau layak dipanggil hutan simpan yang agak berskala besar, rasa macam duduk jauh dari hiruk pikuk kota Tokyo. Pohon pohon kayu besar-besar semuanya. Another park tour for today. Nampak gayanya banyak langkah nak dihayun ni, tadi dah jenuh keliling Imperial Palace, penatnya dah terasa. Tapi tetap nak push too the limit, sambil explore negara orang kan. Lagipun jarang dah berjalan sehari suntuk kalau di KL memang tak buat la, so ni la peluang untuk exercise dan mendera diri sendiri. Dulu pernah sewaktu di Amsterdam pernah berjalan kaki sehari suntuk sampai melecet kaki.


Meiji Shrine ini seperti namanya obviously adalah sebuah kawasan makam Maharaja Meiji. Maharaja Meiji adalah antara maharaja Jepun yang paling penting dan banyak membawa perubahan besar kepada negaranya. Zaman Maharaja Meiji ini merupakan permulaan zaman awal Tokyo memasuki fasa pemodenan, iaitu sekitar akhir kurun 19 dan awal kurun 20. Beliau banyak membuka mata penduduk Jepun kepada pengaruh pemodenan luar dan membawa masuk pengaruh pemodenan luar terutama dari Eropah untuk dipelajari rakyat Jepun dan diterapkan dalam kehidupan mereka. 


Isteri Maharaja Meiji pun mempunyai sikap dan inisiatif yang sama. Kedua dua mereka sering berkata kepada penduduk Jepun "Apa yang baik dan bagus dari tamadun luar, kita mesti ambil dan pelajari, namun budaya dan tradisi Jepun harus juga dikekalkan". Paling jelas perubahan dari segi senibina bangunan dan seni couture design pakaian. Maharaja dan Maharani serta pembesar mula mengenakan pakaian seperti golongan diraja Eropah dan Tokyo mula dibina bangunan bersenibina Eropah. Selain pengaruh aspek kehidupan yang lebih meluas mencakupi teknologi dan industri. 


Cantik bangunan yang menempatkan makam Maharaja Meiji ini, jelas menampakkan senibina tradisi Jepun. Rekabentuknya sama seperti rekabentuk istana oriental yang lain, ada courtyard di tengah. Sampai di bahagian depan makam, di situ bagi penganut agama Buddha, mereka akan buat satu ritual sembah, iaitu tepuk tangan 3 kali, lepas tu rapatkan tangan dan tunduk, kalau masih tepat ingatan aku. Aku cuma tengok je lah ragam ritual mereka. 



Di kawasan "hutan" ini juga pengunjung akan melewati tong-tong yang berisi wine yang pernah dihadiahkan oleh pembesar Eropah kepada Maharaja. 


Selesai di Meiji Shrine, aku bersubway untuk teruskan ke destinasi selanjutnya iaitu ke Stesen Yoyogi-Ueharta. Untuk apa ke sini?  Pastinya ke Masjid Camii, masjid terbesar dan tercantik bukan setakat di Tokyo, malah diseluruh Jepun. Masjid ini mula dibina pada tahun 1938 oleh imigran Tartar dari Russia. Binaan asalnya dirobohkan pada tahun 1986 disebabkan kerosakan, dan digantikan dengan masjid baharu yang terlihat sekarang ini. Senibinanya di dasarkan dari senibina Ottoman dan tukang krafnya pun di bawa khas dari Turki, serta beberapa marmar khas juga dibawa dari Tukri. Memang sangat cantik Masjid ni, walapun tidak besar. Seni bina dan seni hiasa dalamannya aku sangat suka.
 
Aku navigasi ke masjid dari stesen metro berdasarkan info dari blog hasil carian di internet. Dari station, keluar di gate no berapa aku tak ingat, sebaik keluar turn right, jalan sampai ke hujung hingga jumpa jalan utama, turn left, jalan dalam 10 meter, akan sampai ke simpang 4 yang mana ada sebuah Koban (pondok polis) di sebelah kanan, cross the road ke arah Koban tu, dan teruskan perjalanan dalam 200 meter, masjid di sebalah kiri seberang jalan.



Jumpa beberapa orang Malaysia. Ada sorang pakcik tu aku nampak dia semalam kat Skytree. Masjid ni jugak sentiasa terima kunjungan orang tempatan Jepun untuk lawatan. Charming mosque, pasti sesiapa saja akan teruja tatkala melihatnya. Selesai solat jamak, then snap foto skit dan baca sejarah yang di carved di dinding masjid. Masa aku tengah berselfie, ada seorang lelaki berbangsa Asia Selatan datang offer pertolongan untuk ambilkan foto aku, lepas tu sempat dia promo restoran dia yang terletak berdekatan. Tapi aku tak pergi pun, sebab aku taknak makan nasi, aku nak makan makanan Jepun, kat tempat fav di Shibuya.

Teruskan ke Shibuya untuk lunch. Kali ni total harga makanan Y1590, ok la kan, sebab aku makan sushi dekat 10 plate (satu plate ada dua piece), dan sup clams, berserta softdrink, green tea pula free of charge. Aku makan sepuas hati, sushi raw tuna dan raw salmon my fav, the best lah! Aku tengok pakcik Jepun yang duduk sebelah aku, order sushi raw tuna je berpinggan-pinggan, tp dia makan tuna je, nasi dia jamah skit je. Huhu.. memang terbaik lah raw tuna sini. Dah kenyang, hati pun girang..hehehe.. Yea la berlapar sejak pagi tadi, pastu banyak berjalan lak tu.

Destinasi seterusnya adalah Tokyo Metropolitan Building. Ada apa sini? Free observatory! Melihat keindahan kota metropolitan Tokyo dari atas bangunan. Yang membezakan dengan Skytree sebab TMB ni area downtown, so Tokyo bird-eye view from different perspective. Plan asalnya nak pergi ke Roponggi, tapi macam tak pasti apa daya tarikan menarik kat situ. TMB ni twin tower, kedua-dua ada free observatory, tapi South Tower dibuka hingga pukul 5:30 petang, manakala north tower dibuka hingga 11 malam. South Tower punya view lebih menarik sebab nampak sebahagian besar kawasan highrise seperti Shinjuku, Shibuya, Tokyo, Ginza dan Tokyo Bay. Dan juga nampak kawasan hijau seperti Meiji Shrine, Shinjuku Goen, Imperial Palace, etc. Pendek kata, South Tower punya view is the one you should go if you need to choose one. Observatory ni letaknya di lantai 45.




Lepas turun, lepak jap kat bawah ada semacam park, sambil fikirkan destinasi seterusnya, hehe,masih ada kudrat lagi ni nak berjalan, gila kan. Nak pergi ke mana yep? hmmm... dapat idea nak naik North Tower pulak untuk tengok view waktu sunset dan malam. So aku tunggu la sampai agak-agak nak maghrib, aku pergi beratur untuk naik ke North Tower plak, gigih! Alang alang dah sampai at least dapat tahu macam mana view Tokyo waktu sunset dan malam dari tempat tinggi. Biar puas hati.

Hari dah gelap, badan pun dah penat, kaki pun dah lenguh, nak berjalan pun dah tak larat, ingat bilik hotel je! Selesai semua agenda hari ini, seawal pagi berjalan sampai membawa ke malam. Sampai di Stesen Asakusa, sewaktu berjalan menuju ke hotel, punyalah penat kaki ni, aku rasa mcm nak panggil Doraemon je datang tolong bawak sejenis kenderaan ajaib. Aku berjaya mendera diri aku hari ni.

Esok, Mount Fuji.

No comments:

Post a Comment