Wednesday, May 14, 2014

Tokyo Trip - Day 0

5th April 2014
 
Arrived in Haneda at 10:05 pm, 20 minutes ahead schedule. Airport Haneda sederhana besar tapi sangat well-organized dan efisyen. Proses kat imigresen berjalan lancar, tanpa sebarang soalan interrogation, cuma proses biasa saja untuk pemegang passport ber chip metric biodata. Selesai urusan di kaunter imigresen, terus ke baggage reclaim, tak tunggu lama, beg muncul. Terus keluar ke arrival hall. Tak besar sangat arrival hall, nak locate tourist information senang, letaknya selangkah dua dari pintu keluar ke arrival hall, di sebelah kanan. Pada mulanya aku bercadang untuk beli tiket 2-day special tourist pass  utk metro subway di Tourist Information Office, namun, bila dihitung dan difikir semula, agak leceh untuk buat planning route yang limited to certain subway line, senang beli je Suica Card, boleh guna utk kedua dua jenis subway, i.e. metro dan toie, selain boleh juga digunakan untuk train JR, monorail, buses. Suica Card ini umpama kad Touch&Go. Suica Card ni boleh di beli di mesin tiket station monorail dan juga station subway toie dan metro.


Stesen monorail berada kira kira 10m dari arrival hall, on the same floor level, bertentangan dengan Tourist Information Office. Ketika ingin membuat transaksi pembelian Suica Card, ada seorang officer wanita yang sedia membantu terutama first timer seperti aku. Officer itu tunjuk cara-caranya, walaupun aku boleh je buat sendiri sebab ada option bahasa Inggeris, tapi dengan bantuannya lebih memudahkan, dia turut membantu hingga macam mana nak tap card kat gate, dan tunjukkan laluan ke platform. Baik hati betul.


Aku ingin menuju ke Asakusa, tempat letaknya hotel yg aku dah booking utk 6 malam, dengan menaiki monorail. Selain monorail boleh juga sampai ke Asakusa atau kawasan pusat kota dengan menaiki subway line Keikyu. Monorail kat sini panjang, dah hampir sama panjang mcm LRT Kelana Jaya line kalau di KL. Besar dan lebar pulak tu, rasa strong dan sturdy, tak rasa senget pun bila membelok, tak mcm monorail di KL. Monorail di sini walaupun dari luar nampak mcm dah used look, tapi di bahagian dalam serba serbi nampak masih baru dan bersih. Sepanjang aku berada di Jepun, mostly train mereka dalam keadaan bersih dan nampak sangat terjaga seperti baharu. Tak ada kesan kotoran pun. Orang Jepun ni sangat berdisiplin dlm hal hal berkaitan memelihara harta benda awam.


Pada awalnya aku pilih seat depan sekali, sebab teringin nak tengok view sebab monorail ini driveless, aku pernah terbaca kata view jika duduk seat paling depan dalam monorail, superb, rasa mcm dalam movie spiderman gitu kiri kanan bangunan futuristic, pastu terbayang spiderman terbang dari satu bangunan ke bangunan lain (imaginasi akibat terlalu banyak terpengaruh dengan movie). Dah duduk seat depan, rupanya shade dilabuhkan. Hahah. Terus tukar ke seat lain. Orang Jepun dalam train senyap je. Bagi mereka, bercakap kuat itu satu perkara yang patut dielakkan ketika berada dalam tempat awam. Satu perkara lagi, dlm train di sini, mobile phone perlu put into silent mode, atau jika terlupa, dan phone berdering, sila reject the call, or talk very slowly. 


Selang beberapa staion kemudian, monorail sampai ke station terakhir iaitu Hamamasutcho, keluar dari station, terus berjalan 10m utk sampai ke entrance subway station Daimon. Itu la kali pertama aku pijakkan kaki ke bumi Jepun. Tak sangka pulak akhirnya aku dapat jugak jejakkan kaki ke bumi Jepun. Dah lama aku teringin nak datang sini. Jepun banyak kaitan dan influence dalam zaman kanak-kanak kita kan. Siapa tak tengok Doraemon, Gaban, Ultraman, Sinchan, Chiaki, Oshin, etc. Masa zaman kanak kanak dulu cerita Gaban tu memang setiap minggu tak miss, Gaban zack belah dua! Hehe,…ingat tak lagi dialog terakhir Gaban setiap episode. Ingat lagi tak mcm mana gaban menukar baju gabannya sepantas 0.0001 saat, tapi ada slow motion (yang tak tahan tu hahaha). Sebab tu orang cakap cepat sepantas tahap Gaban. 


Udara diluar station sejuk jugak. Sekitar 15 degree agakan aku. Bersubway di Station Daimon ni tak susah mana, sebab tak ada interchange, tak seperti station Shibuya, the busiest station in the world, 3.2 million peoples use that station daily, just imagine. Aku pening setiap kali masuk ke Station Shibuya.  Aku akan ceritakan pasal Station Shibuya dengan lebih lanjut di entry yang lain. Sampai di Station Asakusa, aku keluar ikut exit 4A, memang dah survey siap2 kat internet, supaya senang bila sampai waktunya. Sebab kalau salah ambik exit, bakal mengundang mala petaka, sesat barat. Mcm tu jugak tadi kat Station Monorel Hamamatsucho, aku sudah study awal awal lokasi exit yang patut diambil. Dengan kemudahan internet serba canggih sekarang ni, semua info hanya just a click away.


Hotel Cental Asakusa, terletak dlm 200m dari situ. Sampai ke lobi, receptionist tu sudah expecting aku, dia keluarkan booking nama aku sebelom sempat aku nak keluarkan print out yg aku bawa, sebab aku dah bagitau awal awal dlm www.booking.com yg aku akan check in lambat sekitar pukol 12 mlm. Mmg betol 12 05 aku sampai. Bermakna, dari saat kapal terbang landing pada pukol 10 05 mlm, aku ambik masa 2 jam utk sampai ke pintu hotel. Kalau lah flight delay, mmg masalah, sbb subway train last service sampai pukol 12 mlm mcm gitu. 


Bilik hotel ok la, tak la besar, tp facility lengkap, agak compact tp selesa dan ada certain appliance agak high tech. Best. Siap disediakan sepasang baju tidor ala jepun. 


 Lepas unpacked dan buat apa yg patut, aku merebahkan diri di tilam empok. Esoknya nak mulakan penjelajahan aku di bumi matahari terbit ni. Tak sabar. 

No comments:

Post a Comment