Saturday, May 17, 2014

Tokyo Trip - Day 2

7th April 2014

Keluar hotel agak lewat pagi ni. Syok pulak tidur, rasa mcm tak mahu bangun. Seperti yang telah aku rencanakan dalam itinerary, destinasi pertama hari ni ialah Sumida-Koen (Sumida Park), nak tengok sakura, lagi, haha tak puas lagi ke semalam. Oleh kerana tempat ini sering menjadi sebutan dan lokasinya pun berdekatan dengan hotel dan station subway Asakusa, I said to myself why not take a quick glimpse and some fresh air here, sambil breakfast on the go. Alang-alang dah sampai Tokyo kan, pergi je lah, at least dapat tahu tempatnya. 


Sumida-Koen ni sebuah taman di pesisir Sungai Sumida iaitu sungai utama di Tokyo. Terletak dalam ward Asakusa (obviously), dan kira-kira 300m di sebelah timur Sensoji Temple. Selain tarikan pokok sakura dan cherry, Sumida Koen ini juga menjadi tumpuan pelancong kerana letaknya terminal feri Himiko, iaitu feri berbentuk futuristic yang berulang alik ke kawasan Odaiba (Tokyo Bay). Jadi ia merupakan salah satu pintu masuk ke ward Asakusa yang merupakan kawasan pusat kota lama Tokyo suatu masa dahulu.



Dalam perjalanan, aku singgah seketika di Family Mart utk grab snacks for breakfast. Aku beli lagi roti pisang, serta Onigiri (riceball) berintikan tuna. Sampai Sumida Koen, crowd tak berapa ramai lagi, lawanya tempat ni. 


Sakura, Sungai Sumida, Tokyo Skytree, Langit Membiru, bersatu di depan mata. Pemandangan yg sangat lovely. Dont miss this place if you come to Tokyo during spring time.

Aku dapat menggamit suasana pagi nan indah di pesisir sungai di kota Tokyo dan sesekali nampak train bergerak dengan teratur melintasi Sungai Sumida. Bersarapan ala kadar sambil enjoy the perfect morning scene. Di sungai terlihat feri Himiko, dah nampak macam kenderaan dalam movie starwars, you can only find in Japan. 



OK lah, enuff sakura things. Next, Tokyo Skytree! (one of highlight of the trip).


Naik toie subway Asakusa Line, selang 2 station sahaja dari Asakusa, ke station Oshiage. Tokyo Skytree terletak betul-betul di depan mata sebaik keluar dari exit subway. Kagum seketika melihat binaan Tokyo Skytree dari bawah, aku rasa orang Jepun beriltizam suatu hari nanti Tokyo Skytree ini akan menjadi as iconic as Paris Eiffeil Tower. Mana taknya, binaan Tokyo Skytree ini sangat mengagumkan.It is the second tallest structure after Burf Alkhalifa, reach it full heights of 634m. Ia baru sahaja dibuka pada May 2012, hampir dua tahun lalu.



Masuk ke dalam untuk membeli tiket, pengunjung sangat lah ramai, sekitar satu jam beratur, Q sangat panjang, tp luckily it moves fast, dan ada exhibition di dinding, jadi taklah terasa bosan.


Sebaik menaiki lift, I am impressed. Tahukah anda lift di Tokyo Skytree ni antara lift paling laju di dunia, dan tak rasa sebarang gegaran. Serasa seperti tak bergerak. Sedar-sedar je pintu terbuka, dah sampai kat viewing deck, disambut oleh kelibat penyambut wanita yang begitu ceria menyebut "welcome" sambil tangannya didepakan, aku rasa nak tergelak dalam keterujaan. Cuba bayangkan, kami yang berada dalam lift terasa teruja sebaik saja pintu lift terbuka, nampak sinar cahaya dengan view yang superb, ditambah dengan keceriaan penyambut wanita tu buat aksi kanak-kanak riang macam tu…hehe…semua mulut dalam lift mcm terpacul wow...hiks! Kalau nak rasa naik lift yang tercanggih didunia, pergi la ke Tokyo Skytree. Ada dua level viewing decks, untuk menaiki level paling atas, bayaran tambahan dikenakan. Level atas tidak sebesar level utama yang pertama. Aku naik kedua dua sekali.

Tokyo, a super duper ultra mega metropolitan city (mak aihh description). It is unimaginably huge. Endless. You can't see the end. Dapat akhirnya aku tengok dengan mata kepala sendiri Tokyo dari atas. Fuhhh….! Is this city for real?






Destinasi seterusnya, entah macam mana aku memilih untuk ke Muzium Edo-Tokyo, sebab atas perkiraan lokasinya cuma selang 4 station sahaja, iaitu di Station Ryogoku. Sampai di sana, cuma untuk mendapati yang ianya ditutup pada hari isnin. Spare this for next slot some other days.
OK, let’s move to next destination. Bukak map Tokyo Subway. Cari route ke Imperial Palace. Óne thing I want to say, finding the shortest route dalam subway Tokyo seperti solving puzzle. There are always few possible routes, and there is likely kita terlepas pandang rupanya ada route yg lebih dekat jangkauan stesennya. It’s always fun for me finding out which route to take in Tokyo subway network, everytime want to move from one place to another. Stesen subway sini mostly integrated dgn presmis kedai, bangunan or hotel. Sebagai contoh, station Otemachi, salah satu pintunya berintegrasi dengan premis hotel Palace Building, seperti foto dibawah.

Sebaik tiba di Station Otemachi, keluar ke kawasan Imperial Palace, cuma untuk mendapat tahu yang ia baru sahaja ditutup. Sekali lagi tidak bernasib baik. Dapat tinjau dari luar sahaja. Kelihatan berpusu pusu manusia keluar melalui pintu Otemon.

Aku lanjutkan perjalanan ke sebuah taman berdekatan Tokyo Station, cantik juga tempat ini, aman je, nampak orang-orang berbaring atas rumput melelapkan mata. Sesungguhnya Tokyo walaupun besar, tapi tiada rasa hiruk pikuk dan bising, at least setakat tempat yang aku discover lah. Termasuklah orang2nya yang berdisiplin dan tak membuang bising ketika di tempat awam, trafik pun tak sebising di negara lain, entah kenapa yea, ke perasaan aku je? Park itu berada kira-kira 100m dari laluan jalan besar, namum tak bunyi langsung kenderaan yang lalu lalang, hingga tak perasan rupanya ada jalan besar dibelakang. Hmmm?

Seperkara lagi, aku perasan di Tokyo ni tak banyak patung serta arca seperti mana di Europe. Jarang sangat dapat tengok patung atau arca, so far yang aku nampak patung anjing Hachiko, then aku tak ingat dah apa lagi patung yg ada, mcm takde dah. Maybe ada lagi satu dua, aku tak perasan, but statues is not really Japanese things. Kalau kat Europe, taman macam ni mesti dah ada statues at some corners. Cuba tengok imej google earth di atas, nampak tak kawasan yang agak gersang tu, itulah tamannya, nampak macam kecik, tapi sebenarnya besar.

Setuju tak kalau aku kata bangsa Jepun ni adalah bangsa yg paling baik dan polite dalam dunia. Mereka juga sangat menghormati orang tak kira pangkat. Aku tak dapat relate lah attitude orang Jepun sekarang dengan attitude askar Jepun zaman WW2 dulu. Dulu kan imej askar Jepun mesti ganas, bengis dan jahat. Kalau Jepun masuk kampong, semua penduduk kampong kecut perut takut kena pancung kapara atau kena penampar Jepun. Tapi rupanya setelah hampir satu abad, orang Jepun bertukar menjadi satu bangsa yg sangat well-mannered dan baik hati. I love Japanese people. I wish semua bangsa di dunia ini sama seperti bangsa Jepun. Japanese culture teach me the importance of being polite, respect and greet people no matter who they are.

Cuaca di sini, walaupun kadang2 rasa panas gak, tp tak terasa dahaga. Sebab badan tak berpeluh.Tidak kurang cantiknya suasana spring di sini, dengan kehadiran bunga cherry dan sakura.

Lepas melepaskan penat seketika di park sambil tengok warga kota Tokyo bersantai, aku lanjutkan perjalanan ke Tokyo Station. Ini antara station utama yang tertua dan bersejarah di Tokyo, ini jelas terpacar dari senibinanya yang cantik bercirikan senibina barat. Masuk ke dalam, sempat mengagumi seketika senibinanya, kemudian hanya untuk mendapati diri aku lost, tak tahu nak ke mana arah yang dituju, station tu besar, dan banyak connection untuk laluan long distance. 


Aku keluar semula dari station dan masuk ke bawah floor undergournd, rupanya disitu banyak lagi kawasan station dan subway station metro terletak disitu. Ambil subway balik ke hotel utk solat asar dan berehat.

Lepas maghrib keluar ke Euno utk pergi ke Hard Rock Cafe. Pada awalnya susah juga nak cari HRC ni, berpandukan description dalam website takde pulak bagitahu yang HRC ini terletak dalam mall. Jenuh aku cari di luar, mana ni, it suppose not to be very far from Euno Station, tapi tak jumpa jumpa, rupanya dalam mall (yang berintegrasi dengan station tren). Borong t-shirt 7 helai, topi 3 pieces, dan satu shotglass. Huhuh...utk my abang-abang dan adik-adik yg memang tak lepas peluang everytime aku gi oversea, mesti mintak dibelikan T-shirt HRC. Aku pun dah jadi satu kemestian, nak ada koleksi t-shirt dan shotglass HRC setiap negara yg aku lawati. 


Lepas tu, keluar ronda-ronda kat small alley kat area Euno. Apa yang menarik perhatian selain food street, yang lebih common di sana adalah indoor eating, small restaurant, at the back alley, dilengkapi tempat duduk dgn meja kecik memanjang. Warga Tokyo yang masih belom pulang ke rumah dengan pakaian ofis iaitu berkot hitam, enak menikmati makanan. Dikhabarkan mostly pelanggan di kedai sebegini adalah regular customer. Meriah suasana mcm tu, seeing locals enjoy streetfoods.


Boleh kata setiap inci Tokyo adalah kedai walaupun dibahagian belakang kedai, hinggakan station keretapi pun berintegrasi dengan kedai, dimana bawah bangunan premis kedai, atas laluan keretapi. Begitulah optimumnya penggunaan ruang di Tokyo. Vending machine utk canned/bottled drink merata-rata di small alley di segenap ruang kota Tokyo. Vending machine tidak width, sekadar cukop utk diletakkan ditepi jalan concealed di dinding bangunan dan tidak mengganggu laluan. 

Sewaktu dalam perjalanan pulang ke hotel, singgah dinner di kedai berhampiran hotel di Asakusa. Menu malam ni tofu jepun dgn tempura sotong, semua berharga Y500. Makan dalam restoran meja kecik memanjang mengadap dinding. Dinner tokyo style...bak kata orang, when you are abroad, eat like a local..hehe.


Hasil tangkapan hari ini!


Plan esok, Imperial Palace, Meiji Shrine, Camii Mosque, Tokyo Metropolitan Tower.

8 comments:

  1. best nye la hai.. bestnye la hai... bestnye la hai.. :p haha... tower tu masa den pergi x der lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lagi, grab a ticket and pack your bag, repeat g jepun...

      Delete
  2. best nyer baca pasal tokyo... rajin2 update ur blog ye.. insyallah akn ke tokyo time sakura blooming gak next year 4/4 till 12/4/15 nanti..bole tiru ur itinerary ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantek tu gi sana time sakura blooming... sakura celebration satu perkara yang hanya ada di Jepun... :)

      Delete
    2. hi nuna, still there? what's your email address? hehe.. I got something to show...

      Delete
  3. brape rate tshirt HRC kat sana? made in Japan ke? msa kat GoldCoast shirt dia made in Malaysia.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi nzbutiks, still there? can I have your email address? hehe.. I got something to show to everybody who leave comments here I guess :)

      Delete
  4. Kalau convert RM, sekitar RM80 kalau tak silap... yg sini made in UAE..

    ReplyDelete