Wednesday, May 14, 2014

Tokyo Trip - Day 1


6th April 2014

Brand new day, hari pertama untuk aku meneroka Tokyo! Aku keluar hotel, melewati kawasan pintu utama Sensoji temple, crowds dah mula ramai, termasuk tukang tarik beca tradisi Jepun. Di situ ada satu lorong khas menjual ole ole Jepun, iaitu Nakamise Street, kata orang disini paling murah dan banyak pilihan. 


Aku cuma lalu sekejap saja, hajat untuk mencari kalau ada tempat menjual apa-apa yg boleh dimakan untuk breakfast. Tapi tiada yang sesuai, terus lanjutkan ke Family Mart berdekatan, beli roti dan canned drink. Roti-roti dan bakery di Jepun ni boleh dikatakan sedap2 belaka, to my taste. Sebagai contoh, antara bakery fav aku, roti pisang berkrim berperisa pisang, dan ada sepotong pisang manis dalamnya. Cukop enak. Kuih-kuih dan snak lain pun sedap sedap belaka. Dulu sewaktu ke Korea pun aku menggemari roti dan bakery yg dijual dlm Family Mart di sana. Bila la agaknya 7eleven kat Malaysia nak improve kualiti rasa roti dan bakery yang dijual. 


Selesai bersarapan, masuk ke Station Asakusa Ginza Line, utk ke Ueno. Destinasi pertama ialah Euno Park, utk apa, nak tengok the famous identity of Japan, flowers of sakura. Kenapa mesti beriya tengok bunga sakura dulu, bukan sebab aku ni minat sangat, tapi sebab sakura sudah blooms beberapa hari, kalau lambat nanti bimbang bunga sakura sudah mulai gugur, sebab jangka hayat bunga sakura tidak lama, kurang dari seminggu kalau tak silap. Lagipun hari ini ahad, so, crowd lagi meriah pada agakan aku, boleh tengok gelagat Japanese sambut musim sakura. 


Tatkala berada di Euno Park, memang tak dinafikan sangat cantik pandangan mata melihat pinkish sakura at every corners. Crowd pun ramai dengan pelbagai gelagat mostly sedang berpiknik di bawah pokok sakura bersama keluarga dan rakan taulan. Semua in happy mode, bergelak tawa, sambil menikmati makanan tradisi mereka seperti sake. Bagi orang Jepun, waktu sakura blossom ni menandakan permulaan bagi pusingan kalendar tahunan mereka. Pelancong pun tak kurang ramainya. Boleh dikatakan hari ini adalah the best time to watch sakura blossom festival. Rasa beruntung dapat menyaksikan suasana mcm ni.

Lama juga aku berputar santai dalam kawasan taman tu, ada satu bahagian terdapat barisan food stalls, menjual pelbagai makanan tradisi Jepun. Aku tertarik melihat satu lempeng Jepun, nampak mcm sedap je, so belilah, sanggup beratur panjang, tapi bila dah masuk ke tekak, rasanya biasa saja. Lempeng dengan sayuran dan telur, dengan sos jepun. Ramai yg beratur nak beli lempeng tu, adakah mereka turut tertipu dengan rupa lempeng yang appealing atau maybe citarasa mereka begitu. 



Lepas tu alang-alang dah berada di situ, aku tak lepaskan peluang berkunjung ke Euno Zoo yang letaknya bersebelahan sahaja, bayar cuma Y600. Aku masuk sebab utama nak tengok Panda bear, tu je yang aku teringin nak tengok sebenarnya. Tak perlu ke China untuk tengok Panda, kat Jepun pun ada. Tak lama sangat spend time dalam tu, oh ya, tahukah anda yang Polar Bear rupanya spesis binatang yg suka berenang dlm air gak. Tak percaya cuba tengok foto dibawah.

Kemudian aku teruskan perjalanan hingga sampai ke satu sudut Euno Park yang menempatkan sebuah Shrine Diraja, need to pay some Yen for entry. Aku tengok dari luar sahaja.

 
Tak jauh dari situ sewaktu on the way balik ke Station subway Euno, melewati sebuah temple berwarna merah, suasana sekitar temple ni nampak indah je di blend dengan sakura.


Lepas tu, ambik subway Ginza Line, menuju ke Station Omotesando, untuk check out scene di Harajuku area. Sebab kalau datang hari ahad kiranya paling meriah ada chance nampak colsplay girls yang pakai costume pelik2 tu. Keluar dari station subway, akan ketemu kawasan shopping high-end yg happening, bernama Omotesando Hills. Kawasan ini umpama Orchard Road di Singapore, tapi lebih class dan crowd dia pun nampak cool with the fashion dan rupa mereka pun goodlooking, mostly anak muda. 


Aku rasa rendah diri pulak bila sedar diri sendiri pakai baju yang tak semenggah, hahaha, baju aku sangat out of place. Mostly orang Jepun disitu masih mengenakan pakaian berwarna gelap, hitam, grey, brown, dan sewaktu dengannya, dan mostly fashionable. Takleh jadi ini, terus aku terdetik untuk beli satu jaket disini. Aku check out beberapa mall dan kedai, dan akhirnya sampai ke Takeshita Dori, iaitu lorong yang paling happening di Harajuku. Banyak fesyen up to date mostly utk anak anak muda disini. Aku pun perasan muda. Haha. Aku masuk ke sebuah kedai yang ada sale. Murah harganya, kualiti jangan risau, as long as tertulis Made In Japan, high quality is assured. Best shopping kat Tokyo ini kalau ada kedai yang buat sale lah, harganya sangat terjangkau, worth it untuk kualiti dan designnya. Berjaya beli satu jaket, terus pakai. Hehehe. Tak lama selepas tu, hujan renyai renyai membasahi bumi. Tapi crowrd masih juga sesak. Dapat la tengok Japanese colsplay girls with weird costume, cute je mereka.

Sampai ke hujung Takeshita Dori, akan ketemu Station JR line Harajuku. Aku ambik tren di sini untuk ke Shibuya. Untuk apa ke Shibuya? Sudah semestinya nak menyaksikan the most famous Shibuya Crossing, hahaha..dan semestinya nak tengok all the shopping scene lah, the metropolitan feel of Tokyo. 


Shibuya ni kiranya the mother of all shopping area in the whole world boleh ke aku claim macam tu, bukit bintang tu is nothing la kalau compare to Shibuya. Sampai di station, dah boleh nampak suasana Shibuya Crossing dari tingkap, lepak situ tengok dari atas. Wooo…dasyatnya. Hehehe...iconic sungguh Shibuya Crossing ni, sebab tiada kat kotaraya negara lain, or at least tak sesibuk Shibuya crossing. Bayangkan, ratusan ummat manusia entah datang dari mana, macam semut hurung gula. 


Then, keluar dari station, lalu di depan kawasan patung anjing Hachiko. Tahu tak pasal kisah anjing Hachiko ni? Anjing yang sangat faithful dan setia dengan master nya, hinggakan setelah masternya mati, Hachiko masih setia menunggu masternya di depan station Shibuya setiap petang. Boleh cari filem Hachiko dalam youtube. Kat area patung Hachiko ni lah ramai sangat muda mudi dan pelancong tak lepaskan peluang untuk bergambar. Happening sungguh suasana di Shibuya ni.

Seterusnya, akitiviti cuci mata, window shopping, dan terjebak juga shopping kat H&M, tengah ada sale on certain items, murah dari KL, dan lebih banyak choice. Sikap chasier di Jepun yang sangat sopan bila berurusan dengan pembeli, cara memberi baki duit juga sangat sopan.


Singgah makan sushi di sebuah restoran, apa yang menarik tentang restoran ni ia mengadaptasi high tech dalam urusan pemesanan. Pesanan boleh dibuat dengan menggunakan touch screen, dan kemudian, makan seperti sushi, ramen, tempura, etc akan dihantar melalui conveyer belt ke tempat kita. Setelah makanan diangkat dari belt, harus ditekan satu butang, untuk serving plate di bawak masuk semula ke kitchen. 


Pesanan boleh ditambah bila bila masa, dan bilamana pelanggan sudah membuat pesanan terakhir, tekan check out kat touchscreen tu, boleh check bill keseluruhan dan bayar di kaunter. Green tea dan sejenis jeruk, free flow dan free of charge. Total bill aku kali ni sekitar Y1500. Harga yang reasonable. Banyak jugak plate yang aku makan. Dapat la merasa makan sushi asli yang dimasak orang Jepun di negara Jepun. Paling aku suka pastinya sushi tuna dan salmon yang raw. The fish meat is so fresh. Yummy.

Sewaktu ingin kembali ke Station, aku lalu sekali lagi Shibuya crossing, woww semakin happening bila semakin lewat petang, muda mudi sengaja berkumpul dan bersembang kosong di sekitar area crossing. Meriah sungguh. Macam macam ragam dan fesyen pakaian. Sememangnya penduduk Jepun ni sangat ramai, itu memungkinkan area Shibuya tu penuh dengan orang dia je, tak perlu dgn orang luar utk membuatkan shibuya tu sesesak itu. Kota Tokyo ni didiami lebih dari 13 juta nyawa, cuba bayangkan kalau KL, Bangkok, Singapore bergabung menjadi satu, itulah Tokyo. Bila sesuatu itu big scale, pasti akan banyak variety dari aspek tempat shopping, tempat makan, tempat hiburan, tempat rekreasi, everything are so extensive and wide in options.

Perjalanan pulang dari Shibuya ke Asakusa menggunakan Metro Ginza line, cuma ambil masa 25 minit sahaja, melewati 18 station, sangat efisyen kan pengangkutan subway di sini, laju dan punctual. Shibuya dan Asakusa, jaraknya agak jauh sebenarnya, dengan adanya perkhidmatan subway yg cekap dan laju mcm ni, pergerakan dari satu tempat ke satu tempat menjadi sangat mudah dan cepat. Sebab itu penduduk Tokyo dapat tinggal di kota sebesar ini, dengan penduduk melebihi 10 juta, dengan penuh aman, dan teratur, sebab semuanya well-organised dan efisyen, ditambah pula dengan sikap penduduknya yang berdisiplin tinggi. Tambang sejauh tu Y247. Takla mahal sangat.

No comments:

Post a Comment