Wednesday, March 7, 2012

Oil&Gas

Maaf sebab dah lama tak update blog, apapun aku hargai pembaca-pembaca setia yg sudi masuk ke blog ni utk jenguk apa cerita yang terbaru. Bulan Januari lepas aku ada pergi travel, tp tak jauh le, dekat2 region ni je, nak masuk dlm blog, masih lagi tak berkesempatan, harap2 by the time aku nak tulis nanti, memori tu masih aku leh di recall...hehe...Agak busy lah lately...

Kali ni aku nak bercerita skit pasal alam pekerjaan di bidang Oil&Gas. Since aku baru je balik dari training BOSET iaitu training sebelum dapatkan passport untuk pergi ke offshore. Training ni tentang Offshore Safety and Emergency, dan ia harus dilalui setiap kali hendak renew offshore passport. Offshore passport expires after 3 years. Ini adalah kali kedua aku buat training ni, kali pertama dulu tahun 2007. Dan aku harap kali ni jadi yg terakhir. Bukan apa, training ni ada part2 yg mencabar dan merisaukan. Training ni selama 3 hari full day. Oh ya, sebelum pergi training, kena gi buat medical check up kat klinik2 yang ditauliahkan oleh Petronas utk buat offshore medical check-up. Medical check up mcm biasa lah seperti ambik urine, blood test, x ray, test mata, cuma yg agak mebezakan utk offshore ni dia ada buat test pendengaran dan juga kekuatan paru-paru. Bila dah disahkan fit utk kerja kat offshore, then barulah boleh pergi training.

Kat malaysia ni ade beberapa tmpt yg buat training ni, dlm pengetahun aku, di Lembah Klang ada 2, satu di Ulu Klang, satu di Damansara. Juga ada di Kerteh dan Miri. Aku buat di Consist Ulu Klang. Tempatnye well-equipped dan trainer nye juga berpengalaman.

OK, aku nak start cerita apakah training yg harus dilalui sepanjang 3 hari tu yg melibatkan teori dan juga praktikal tu;

1) Sea Survival
Oleh kerana offshore platform terletak di tmpt yg isolated di tengah2 lautan, maka dgn itu ada risiko pekerja akan terapung di tengah2 lautan sekiranya sebagai contoh jika berlaku kebakaran atau kemusnahan pada platform, atau pun terjatuh ke dalam laut, ataupun helicopter crash di tgh laut, maka sea survival ni adalah satu perkara yg sgt berkait rapat dan perlu di ketahui oleh setiap yg bekerja di offshore platform. Utk sea survival praktikal ni agak fun, kecuali latihan terjun dari aras 10 meter ke dalam kolam renang yg aku kira agak menggerunkan. Sgt tinggi pada aku 10 meter tu, buat kecut perut jugak lah. Ada teknik2 terjunan nya, aku malas lak nak cerita secara details. Tp bila dh masuk ke dlm air, impactnye tu kuat jugak, berdesup tubuh akan masuk ke dlm air, tp oleh kerana pakai safety jacket, maka akan timbul ke permukaan lepas beberapa saat. Cuma nye rasa senak jugak biji mata. Dan jgn sekali2 membuka mulut masa kat dlm air tu, kalau dah tertelan air, karang tercungap2 mcm orang kelemasan. Dan kolam tu pulak, ada ombak dummy di sesetengah tmpt training. Ombak tu boleh buat pening kepala, ade yg muntah. Selesai satu bab terjun.  

Then, bab2 sea survival, kami di ajar mcm mana teknik2 untuk berada di tengah lautan, utk mengekalkan body heat, mcm mana nak stay in group, macam mana nak panjat ke lifeboat, mcm mana nak buat SOS untuk attract attention pasukan penyelamat, mcm mana teknik nak berenang, teknik nak panjat menggunakan tangga yg diperbuat dari tali, dan sebagainya. Mmg sangat memenatkan seharian buat paktikal sea survival ni.

2) Teknik Transfer dari Boat ke Platform
Salah satu cara pengangkutan ke offshore selain menggunakan helicopter ialah boat. Tp kalau naik boat ni, ambil masa sampai berbelas2 jam untuk sampai ke destinasi. Kalau nasib tak baik, bila berada di tgh2 perjalanan, terpaksa pula diarah pulang ke onshore akibat cuaca buruk dan rough sea, walaupun dah hampir berada ke offshore platform yg dituju. Tu adalah cabaran2 kalau bekerja di offshore ni. Boat terpaksa berpatah balik sbb takleh nak approach offshore platform akibat rough sea adalah perkara biasa. Ok, setahu aku, ada 2 teknik utk naik naik ke platform dari boat dan sebaliknya; satu, menggunakan swing rope, dua menggunakan hanging basket. 

Swing rope ni mcm tali tarzan tu. Teknik ni adalah lebih common berbanding hanging basket. Cuma swing rope ni, risikonye kalau laut agak beralun, di mana aras boat dan platform sentiasa turun naik , tidak stabil. Kena bajet timing yg betul supaya tidak terjatuh ke dalam laut atau kaki terkena platform dan mengakibatkan kecederaan. Dah pernah terjadi insiden pekerja terjatuh ke dalam laut semasa menggunakan swing rope. Bila terjatuh dlm laut, perlu berenang menjauhi boat dan platform, supaya elakkan dari berlaku bahaya yg lain, dan supaya senang di selamatkan menggunakan life boay. Aku hrp2 sepanjang aku pakai swing rope tu, dpt transfer dgn selamat insyaAllah, tp everytime nak buat swing pakai rope tu, mmg berdebar2 beb, especially kalau laut beralun. Pernah jadi kes pekerja yg jatuh ke dalam laut sewaktu guna swing rope, selepas tu dia dah takut nak pergi offshore lagi, fobia.

Teknik kedua adalah hanging basket, so far aku belum pernah lagi guna teknik ni, dan aku harap aku tak pergi ke platform2 yg guna teknik ni, sbb aku takut ketinggian. Teknik ni, pekerja akan berdiri diluar basket, tanpa ada alatan safety harnest, hanya berpaut gunakan tangan pada basket tersebut. Kemudian crane akan angkat basket tersebut ke atas deck utama, iaitu deck paling atas sekali, yg mana sgt tinggi. Pada aku teknik ni sgt berisiko sbb takde safety harnest, totally bergantung pada tangan utk berpaut, and then bukan berada dlm basket, tp di luar basket. Mmg nmenyeramkan. Dlm basket adalah tmpt utk letak barang2. aku harap aku tak gi platform2 yg gunakan hanging basket ni sbb aku takut ketinggian. :(. tp semasa buat praktikal latihan ni, hanging basket tu diangkat taklah tinggi.

3) Fire Fighting
Kami di ajar ttg fire, jenis2 kebakaran, jenis2 alatan utk fire fight spt guna blanket, tong pemadam kebakaran dan sebagainya. Dan kemudian, kena buat praktikal. Suspen jugak sbb api boleh tahan besar. hehe.

4) Escaping from place under fire and smoke
Teknik2 untuk escape dari tmpt terbakar yg dipenuhi asap. Masuk bilik gelap, kena merangkak, meraba, menari shuffle, panjat tangga dlm gelap, dan sebagainya. Yang scary bab buat praktikal ni, sbb tmpt bilik gelap tu dulu ada mat salleh mati sbb kena heart attack. Sejak kejadian tu, diorang ckp kelibat mat salleh tu sering kelihatan dlm bilik gelap tu. Itu yg jadi part paling scary sebenarnya, dh rasa mcm masuk dlm rumah hantu plak. Masing2 pejam mata sepanjang dlm bilik gelap tu sbb takut kalau ternampak kelibat mat salleh tu. Hahahaha. kalau bukak mata pun mmg gelap jugak pun, huhuh. Untuk pengetahun, yg hadiri training ni bukan saje orang malaysia, tp ramai jugak mat salleh2 contohnya dari yg bekerja dgn syarikat Talisman.

5) CPR
Class ni paling sempoi sbb santai, praktikal buat dlm kelas je. hehe. Mouth to mouth. tp patung je la.

6) Capsized Helicopter
Ha.. ni part paktikal yg paling aku suspen sepanjang training. Hahaha..sampai tak lalu nak makan sebelum buat praktikal tu. Bila dah abis azab, masing2 kemain tersenyum gembira dan rasa satu perasaan terlepas dari satu azab...hahaha..itulah gambaran utk menggambarkan betapa risau dan suspen nye nak buat praktikal capsized helicopter ni (helicopter terbalik upside down dalam air). Sebenarnya, naik heli atau chopper ke platform bukan pengalaman yg best, tp risky. Tp tu la kalau naik boat, makan masa lama, dan kalau rough sea, boleh mabuk laut. First time aku naik boat dulu, kebetulan rough sea, mabuk laut! hahaha..tu la pengalaman pertama aku mabuk laut, mula2 tu, aku perasan perut aku rasa kecut semacam, then dahi sejukkk, then kuar peluh kat dahi...sejukk je rasa peluh tu, pastu vomit dlm toilet sampai flat! huk huk. 

Kalau naik chopper, cepat sampai. Setiap kali berada dlm chopper, minda kena sentiasa plan pintu atau tingkap yg paling dekat utk escape, jika berlaku kejadian yg tidak diingini, nauzubillah. Kat malaysia ni dh berlaku beberapa kejadian chopper terhempas atas laut, contoh di dungun dan bintulu, tak tahu lah berita ni di umum pada public atau tak, tp kami ditunjuk video2 nya, termasuk la kejadian2 yg berlaku di luar malaysia. 

Risky kan. Sbb tu keje oil&gas ni risiko tinggi. Keja kat isolate area, tmpt yg highly explosive, demand high dan tight procedure, high specification, sentiasa kena alert about safety dan langkah2 emergency, pendek kata, bekerja di offshore platform ni ibarat bekerja di dalam timing bomb. Latihan fire drill setiap minggu kena buat. 

Praktikal buat capsized heli ni, bukan sekali, tp kena ulang sampai 5 kali dan tak pakai safety jaket walaupun tak pandai berenang. Sebenarnya pakai, cuma bukan safety jaket yg terapung tu, tp sebuah alat yg dipanggil re-breather yg mana safety jacket nye blum inflate lagi dan cuma di infalet guna hembusan nafas bila dh berada kat permukaan, sbb kalau pakai safety jaket yg dh inflate, nanti terapung2 dlm heli masa dlm air, langsung takleh keluar.

Situasi satu - heli tanpa tingkap, heli masuk dlm air secara vertical ke bawah sampai totally tenggelam, trainee tanpa bantuan pernafasan, kena tahan nafas semasa berada dlm air, dan keluar melalui ruang tingkap yg tidak bertingkap tu. Kemudian naik ke permukaan.

Situasi dua - heli tanpa tingkap, heli masuk dlm air hingga tenggelam, trainee tanpa bantuan pernafasan, tp semasa dlm air, heli di rotate 180 darjah hingga kepala kita berada kat bawah, kaki ke atas, then, keluar melalui lubang tingkap ke permukaan.

Situasi tiga - heli tanpa tingkap , heli masuk ke dlm air secara vertikal, tp kali ni trainee menggunakan bantuan pernafasan yg dipanggil re-breather. Re-breather ni bukan tong gas ke apa, tp menggunkan hembusan nafas sendiri yg disimpan dlm sebuah ruang pada jaket yg dipakai. Hembusan nafas tu yg akan disedut semula , dan dihembus semula, dan disedut semula. Ada teknik2 utk guna re-breather ni, push itu, push ini, tarik button itu ini, which is kena ingat dan apply teknik2 tu dlm masa yg singkat sebelum capsized tu berlaku, campur nak ingat time nak buat embrace position, nak bukak safety belt, nak meraba kat mana tingkap, nak pecahkan tingkap, etc. Re-breather ni boleh membantu kita bernafas selama beberapa sedutan je, sebab kandungan oksigen yg digunakan akan sentiasa berkurang sbb setiap kali tarik dan hembus nafas, paru2 kita menggunakan 5% kandungan oksigen tersebut. Kandungan oksigen dlm udara bilik ialah 21%, dan kandungan oksigen dari hembudan nafas kita ialah 16%, dan jika hembusan nafas kita di gunakan semula utk bernafas secara berulang2, tentunya oksigen sentiasa berkurang setiap kali hembusan.

Situasi empat - heli tanpa tingkap, heli berpusing 180 darjah semasa dlm air, dgn guna re-breather.

Situasi lima - heli dgn tingkap, heli berpusing 180 darjah dlm air, dgn guna re-breather. situasi terakhir ni kena ingat satu step extra iaitu kena pecahkan tingkap utk keluar. sebenarnya bukan betul2 pecahkan, sbb utk latihan simulator ni, cuma kena tarik handle tingkap, dan tolak tingkap keluar dgn menggunakan bahu. cumanya kalau dh berada dlm air, then kepala ke bawah kaki ke atas,bayangkan la, mmg mencuakkan. Time bila nak meraba cari tingkap, cari handle tingkap, macam2 step nak kena ingat, kdg2 sampai terlupa nak bukak seat belt. Hukhuk..

Amacam, berani?

p/s: nanti aku letak gambr2 kat sini skit2...for the time being, aku postkan je dulu tanpa gambar...