9th April 2014
Aku mulakan hari agak kesiangan, perut asyik meragam je pagi ni. Elok juga toilet kat Jepun ni berteknologi tinggi, dapat la sedikit apresiasi dan inspirasi sewaktu melabur...haha. Keluar dari hotel pukol 7:55 pagi (7:55 pagi di sini sama macam 8:55 pagi di Malaysia, sebab waktu di Jepun pertukaran siang dan malam pada pukol 6 pagi dan 6 ptg). Cadangnya nak keluar lebih awal memandangkan bas jam 8:40 pagi sudah di booking via online. Ingatkan sempat la nak sampai Stesen Shinjuku sekitar pukol 8:25 (aku bajet ambil masa 30 minit), ternyata aku tersalah bajet timing. Puncanya, aku ambik tren JR Yamanote line, atas penilaian cuma perlu buat satu pertukaran setelah ambik metro Ginza Line di Euno.
Namun, tidaklah aku tahu yang Yamanote Line ini akan ambil masa lebih lama sedikit kerana laluannya lebih jauh. Tren Yamanote ni umpama KTM komuter lah kalau di KL, rail nya pun above ground. Laluan Yamanote ni ring-network, dan sememangnya bila aku check rail map, laluannya lebih jauh berbanding subway (see photo below, laluan hitam berbelang putih).
Aku dah agak dah sebab sewaktu naik tu, aku rasa macam lamanya nak sampai. Tambah pulak tren kadangkala berenti xtra beberapa minit mungkin untuk tunggu isyarat dari control centre, mcm KTM Komuter tu. Foto dibawah adalah stesen JR Yamanote Line di Euno.
Tren sangat padat sendat macam tin sardin, hinggakan orang dalam train dah tak payah secure on something to anchor themselves, sebab masing-masing berhimpit dan lean to each other (sex pervert pasti suka). Cuba tonton video youtube di bawah, haa hampir-hampir macam tu la suasana pagi tu, tapi belum tahap kena tolak sumbat macam tu sangat. Kalau anda bawak luggage atau backpack, elakkan naik Yamanote Line di waktu puncak. Better naik subway Toie dan Metro, lebih cepat, dan kurang crowded berbanding JR. Sepanjang 6 hari aku berada di Tokyo ni, this is the only time aku naik tren sepadat macam ni.

Sampai Shinjuku, jarum jam dah tunjuk pukol 8:40, hampa harapan untuk catch up bas yang dah di booking. Sepatutnya, kalau dah sampai Shinjuku pun, kena spare another 30 minutes untuk locate stesen bas. Untuk first timer, you might take some time to find the right exit to the Bus station. Confusing, besar, rushy dan crowded. Terpinga-pinga aku cari direction di tengah-tengah lautan manusia yang criss cross jalan laju-laju, macam askar sedang berkawat untuk menuju ke medan perang. Aku cuba bergerak berhati hati sambil carik direction, kalau ada tiang aku berhenti kat belakang tiang bila nak tengok signboard sebab takut kena langgar. Haha it might sound funny. Foto dibawah ni nampak tak segerombolan orang baru keluar dari tren, cuba imagine mereka jalan lajuuuu mcm bullet tren...haru.
Keluar
dari stesen, ambik masa gak nak cari stesen bas ke Mount Fuji, letaknya agak terlindung, tersorok skit di belakang bangunan. Sini mana ada signboard in English, tu yang payah. Tambahan lagi, ada juga stesen bas
domestik lain disekitar situ, so, agak mengelirukan. Sampai pejabat jual tiket, aku terus cakap nak
tiket the earliest available, si penjual tiket tanya ada buat booking tak, jawapan aku takde. Next available tiket is at 11:50am, hmmm grab je lah, malas nak pikir alternatif lain, nak ambik train chou line, macam leceh pulak nak kena
transit tukar train, lagipun beza sejam dua je.
Tak breakfast lagi ni, nak kena berlaku adil pada perut aku jugak, hehe. Terus je
pergi putar-putar sekitar Shinjuku untuk mencari tempat yang sesuai untuk sarapan. Ada hikmah gak aku terlepas bas awal, dapat aku tengok area Shinjuku di awal pagi. Satu perkara yang menarik perhatian, para jurujual akan berdiri dan menyapa setiap orang yg lalu lalang depan kedai mereka di awal pagi sewaktu baru buka kedai. Baguskan orang Jepun, mereka sangat murah dengan greetings.
Masuk satu kedai yg ada jual tempura dgn nasik, ok la ni, since kedai lain pun takde choice yang boleh dimakan. Sistem pembayarannya kena buat kat vending machine (macam kat kedai gunting rambut quick cut), then tunjuk tiket/resit ke cook. Aku pada awalnya tak tahu, salah sorang pelanggan dalam tu yang tolong ajarkan. Boleh la tahan makanannya, dah lapar, ngap aje. Nasi dimakan dgn tempura udang, serta tempura potongan sayur. Simple je. First time aku makan nasik dgn chopstick, biar betul.. ahaks! Minum air kosong, style orang sini macam tu, mereka minum samada green tea or air kosong.
As the matter of fact in Japan, air minuman yang dijual dalam botol atau tin mostly tawar dan kurang gula, apa saje air, air berperisa caramel pun tawar, even kopi dalam tin pun tawar! Sesuatu yang patut kita contohi. Sekarang ni aku dah mula minum air kopi, teh, or cordial bancuhan, yang tawar. Aku nak jadikan kebiasaan, dan aku dah mula sukakan minum air yg tawar, especially teh tawar, rasa sedap pulak nikmat teh tu. Terasa je teh nya, especially kalau minum sambil pejam mata. kah kah. Kopi pun aku minum kopi tawar, kalau letak gula pun setengah sudu teh saje per cawan. Satu nilai positif dari negara Jepun yang dah berjaya aku terapkan dalam hidup aku sekarang. Drink suppose to get rid of thirst, leave alone the sugar to the dessert.

Satu lagi ketaksuban orang Jepun ialah Green Tea !! Banyak product makanan/minuman yang di green-tea-version-kan, be it powdered dreen tea
drink, coklat green tea, all kind of snacks yg ada versi green tea, termasuk la
coklat kitkat green tea dan starbucks green tea. Sedap rupanya green tea ni, aku mula menggemari green tea stuff selapas datang ke Jepun ni. Kalau nak try minuman green tea yg sedap, aku rekemen pergi ke restoran Pasta Zanmai (byk branch di KL), order Green Tea with Milk, heaven! Satu lagi perkara yang aku terpaut dari Jepun.
Ada lagi a few hours to kill, aku jalan tanpa arah kat area high rise Shinjuku. Take a moment just
sit on a bench at one road intersection filled with elegant highrise buildings, watching
the working class blue collar workers make their ways to work. Hari ni cuaca agak sejuk berbanding semalam, cloudy dan berangin, ini dah merisaukan aku takut2 fuji
akan terlindung awan.
Later, wandering around kat Odakyu
departmental store, ini kira macam standard Isetan. Aku ternampak etika seorang jurujual yang bow ke pelanggan yang baru selesai buat pembelian. Jurujual bow hingga pelanggan tu beredar. Kalau kita jadi pelanggan tu, mesti kita rasa sangat dihormati dan dihargai. Very civilised sangat orang Jepun ni kan, penuh tatasusila, berdisiplin, dan pembersih. Jam 11:20 aku segera ke stesen bas. Bas bergerak tepat pada waktu. Yang bagusnya, driver bas buat briefing sebelum bertolak, tp dlm bahasa jepun. hehe. eh ke ada translation suara machine lepas tu. Perjalanan ke Kawaguchiko akan ambil masa 2 jam.
Dalam bas awal perjalanan mata aku asyik terlelap, rasa rugi
pulak sebab tak dapat nak enjoy the scenary along the way, view of ourskirt Tokyo. Selepas sejam tidor barulah segar semula
wide awake. Bas mula memasuki kawasan berbukit bukau dan bergunung ganang.
Negara Jepun ni secara keseluruhan lebih banyak kawasan gunung ganang dari tanahrata. Sepanjang
perjalanan I can easily spot pokok sakura, proudly blooming kat lereng bukit mahupun kat kawasan rumah. Memandangkan rakyat Jepun ini berjumlah 128 juta nyawa, dan keluasan
negaranya lebih kurang sebesar Sumatera, utk accommodate rakyatnya yang ramai, asal ada tanah
rata even di kaki bukit, pasti ada kawasan penempatan. Itu yang aku observe di sekitar perjalanan ini. Gunung ganang mendominasi perjalanan.
Sampai di Kawaguchiko, betul sangkaan aku, puncak Mount Fuji terlindung awan! Turun di perhentian terakhir bas iaitu stesen keretapi Kawaguchiko yang juga menempatkan Tourist Info Centre. Aku bertanya arah ke Kawaguchiko Lake dan Kachi Kachi Ropeway. Dari hadapan stesen keretapi backdropnya Mount Fuji, tapi sayang terlindung awan, nasib nampak jugak puncaknya.
Naik cable car ke puncak Kachi Kachi, sampai atas, puncak Fuji masih lagi terlindung awan. Since takde apa sangat nak buat kat Kawaguchiko selain tengok Mt Fuji, jadi aku duduk je atas tu lebih dari sejam kot, dgn harapan awan tu akan beredar, tapi sama je. Dalam banyak banyak tempat kat langit tu, kat puncak Fuji tu jugak awan tu nak bertenggek...adoi! Kat sebelah bangku yang aku duduk tu ada seorang ibu dan anaknya, orang Jepun, juga gigih menungu puncak Fuji menonjolkan diri. I come all the way from KL nak tengok the whole piece of Fuji, one of iconic natural wonders, tp dapat tengok sekerat je! Frust. Lesson learnt, come as early as possible, possibility clear sky in the early morning.
Orang Jepun sukakan benda yg comel dan adorable, contoh yang aku observe, signage kat mana-mana tempat pelancongan, dalam train dan sebagainya, banyak dibuat dalam bentuk kartun yg comel2. Announcement dalam tourist tren dan cable car pun dibuat dgn music background yg comel. Dan ada patung bunny dan yg sejenis dengannya di tempat tumpuan pelancong. Dalam perjalanan menuruni ropeway, kelihatan tompokan ais, pelikkan, walhal suhu takde lah subzero.

Dah turun bawah ke kawasan tasik, berjalan kat sekitar pekan Kawaguchiko, aku lalu kat kawasan penampatan ternampak sebuah sekolah, murid2nya tengah berlatih main softball. Softball ni sukan yang popular kat Jepun, sama macam kat USA kan, aku wonder budaya main softball ni adakah dibawa masuk oleh tentera USA yg ada pangkalan di Jepun ni.
Rumah-rumah kat Kawaguchiko ni ada je rumah yang uzur dan buruk, dan kawasan sekolah itself pun taklah nampak lawa perfect sangat, pagar sekolah pun dah run down. Eventhough Jepun ni negara maju, tp kawasan pekan luar bandar lebih kurang Malaysia je. Aku nampak ada satu sudut, kawasan rumah saling tak tumpah macam rumah di kampong baharu KL, kalau tak caya tengok foto di bawah.
Orang Jepun ni
kurang suka tanam bunga kat kawasan
rumah, tak macam orang Europe. Kalau di Europe bandar countryside gini, setiap
rumah yang ada halaman mesti ada tanam bunga, even kalau takde halaman pun mereka
akan gantung pasu2 bunga kat tingkap. Tu yang buat European towns or villages look charming. There’s also no cheese in Japan’s
souvineir shop!
Bas bergerak sharp at 5:10 ptg. Mt Fuji
masih diselimuti awan gemawan. Cess....
Bas sampai ke terminal di Shinjuku, hari dah gelap,
Bas sampai ke terminal di Shinjuku, hari dah gelap,
Nak dinner di dalam Stesen Shinjuku, cadangnya aku nak dine-in, lepas buat pesanan dalam bahasa isyarat, then aku dah duduk dah dan dihidangkan green tea panas, tapi waitress tu salah faham, di tapaukan nya makanan aku,
hmmmm what make she think that I want to take way? Aku tak cakap pun padahal, adakah maybe sebab
masa aku nak order tu aku tak duduk dulu, aku berdiri sambil order, seolah-olah macam aku nak take
away kot, logik tak teori aku? Masa dia kasi aku tapauan tu, tak sampai hati lak aku nak cakap
aku nak makan situ, sebab elok cantik pulak dia bungkuskan makanan aku tu,
siap letak dalam paper beg cantik, sambil sentiasa tersenyum ceria je. Takpelah, bawak balik makan kat hotel,
ingatkan nak merasa la makan kat kedai duduk bersebelahan rapat-rapat bersama sama
orang2 Jepun yang berpakaian baju kot hitam..hik ..konon nak ambik mood feeling
macam masyarakat urban Jepun baru balik kerja! …Kiki……Terpaksa la balik hotel terus, plan asal lepas
isi perut, ingat nak rayau2 kat Shinjuku waktu malam. Takpe, malam esok ada
lagi.
Hari ini aku terkilan sebab tak dapat tengok Mount Fuji seperti foto dibawah :(
Esok, Tsukiji Market to see tuna auction, Odaiba (Tokyo Bay), Sumida river cruise, etc.
Hari ini aku terkilan sebab tak dapat tengok Mount Fuji seperti foto dibawah :(
Esok, Tsukiji Market to see tuna auction, Odaiba (Tokyo Bay), Sumida river cruise, etc.
No comments:
Post a Comment