Thursday, June 12, 2014

Tokyo Trip - Day 6


11th April 2014

My last day di bumi matahari terbit ni. Libur di bumi Jepang bakal berakhir. Rasa macam belum ingin balik lagi.


I switched on the TV, timeslot pagi setiap channel mempertontonkan talkshows and news, kecuali ada setengah jam diselitkan siaran satu drama ala-ala drama Oshin, kisah budak perempuan dari keluarga miskin yang dihantar belajar ke sebuah institusi pendidikan berteraskan English. Best jugak layan drama tu. Ingat nak download kat torrent. Tapi tajuk pulak tak tahu, ada sesapa tahu tak?

Sepanjang seminggu aku di Tokyo, TV channel mereka tak pernah jemu untuk terus berbicara tentang bunga sakura yg tengah blossoms, again and again, sometimes buat live telecast dari tempat tertentu untuk tunjuk suasana sakura blossoms. They really celebrate it, sakura really significant in their culture and life. Ikea baru masuk ke Jepun ke?



Luggage perlu di pack, sebelum keluar bersiar di Sensoji Temple, untuk buat last minutes shopping. Jam 11 pagi, sharp, receptionist call, to give friendly reminder check-out time at 11 am. Aku memang about to check out pun at that very moment. Simpan luggage kat receptionist area. Baru je beberapa tapak keluar, oh, baru teringat yang aku ada berbaki 2000Yen cash aku simpan dalam luggage tu. Dalam wallet dah tinggal sikit je dah. Patah balik ke hotel untuk geledah semula luggage. Nasib baik teringat sebelum bergerak jauh.

Masa kat Senjosi shopping street tu, aku beli aiskrim, nampak macam ramai je pelanggan (try je la karang kempunan pulak). Yang menariknya di Jepun ni, kalau kita beli apa apa makanan di gerai, kita kena makan dan habiskan makanan tu disitu jugak. Tak boleh makan di tempat lain. Undang-undanng mcm tu kot. Dan sampah yang ade mesti dibuang di kedai tu jugak. Siap ada sorang penjaga kedai yang jaga depan pintu kedai untuk menghalang customer yg terlupa atau tak tahu yang ingin bawak keluar makanan tu. Aku salah satu customer yg tak tahu tu. Hahaha. Patut la pada mulanya aku hairan, apahal ramai sangat tercengat makan dalam kedai ni. Foto dibawah bukan kedai asikrim tu.


Di Jepun ni sememangnya sangat jarangggg jumpa tong sampah. Memang susah untuk buang sampah, apa yg aku pelajari, setiap sampah mesti di bawak balik ke rumah masing-masing dan dispose dalam tong sampah di rumah. Aku tak tahu lah ada rationalnya mereka berbuat sebegini, maybe nak kurangkan kos untuk pekerja city hall untuk uruskan pembuangan sampah di tempat awam. Atau untuk kekalkan kebersihan di tahap optimum. Salah satu sebab kenapa tak banyak tong sampah sebab mereka tak banyak consume benda yg boleh menyumbang kepada sampah, contoh macam makanan tepi jalan. Kat sini memang takde langsung gerai tepi jalan yang jual goreng2an, or kuih2, or air minuman. Semuanya kalau nak, beli dari vending machine, atau kedai / restaurant. Then, lepas beli, kalau ada bahan buangan seperti bungkusan tu simpan dalam beg dan buang di dalam tong sampah dirumah. 


Selesai di Sensoji, aku teruskan ke destinasi terakhir libur di Jepang iaitu Edo-Tokyo Museum. Kenapa museum? Sebab di sini boleh kill the time 2,3 jam tanpa berpeluh, malah dengan penuh santai. Aku kalau dah masuk museum, memang akan spend time at least 3 jam. I love museum,  I love history, I love the ruins of the past. So, sementara nak tunggu berangkat ke airpot, ada baiknya aku habiskan masa di museum. Entry fee Yen500 kalau tak silap. Museum ni berbentuk seakan sebuah kapal. Nampak agak futuristic dari luar. 


Dalamnya di pamerkan sejarah tentang kota Tokyo seawal waktu tempat ini dinamakan Edo. Dipamerkan replika istana zaman Edo yang kebanyakannya telah musnah akibat kebakaran. Edo seringkali dikaitkan dengan dua bencana malang, iaitu Kebakaran dan Gempabumi, dua bencana yg sering menjadi sejarah buruk pada Edo. Istana dan struktur dahulu mostly diperbuat dari kayu.Itulah Edo, yang kayu musnah terbakar, yang batu musnah akibat gempa bumi. Sedih juga tengok foto foto kemusnahan kota Tokyo akibat gempa bumi pada akhir kurun ke 19. Banyak bangunan berciri senibina barat musnah.

Dari sejarah Edo, sampai la ke zaman modern Tokyo, semua dipamerkan, termasuk lah model kompleks stadium Olimpik yang bakal berlangsung di Tokyo beberapa tahun lagi. Aku berada dalam muzium sampai la muzium nak ditutup, ramai jugak pengunjung waktu tu. Tips, kalau nak berada dalam muzium ni, jika anda bawa backpack, better simpan dalam locker yang disediakan percuma. Kalau tak, tentu penat nak usung backpack selama beberapa jam dalam muzium. 


Dari muzium, aku patah ke Asakusa untuk ambik luggage, refresh skit dlm toilet, tukar baju dan seluar, pakai pakaian yang paling comfortable. Then say bye bye to Hotel Asakusa Central, sayonara Asakusa!  ("rumah” aku selama 6 malam di Tokyo). Ambik subway ke station Daimon. Masa aku tiba di stesen Daimon, the scene of my first night in Tokyo flash back into my head. Kat sinilah for the very first time aku jejakkan kaki di bumi Jepun, right here. But now, I am going to the opposite direction.

I also remember for the first time masa naik monorail dari airport ke city, I looked outside of monorail windows and talked to myself, owh I am in Japan now, rasa macam tak percaya je. I look at Tokyo city with an excitement to go thru the 6 days of vacation, to see what I expected to see. And now I did accomplish it, mostly (except the whole piece view of Mount Fuji). Sebenarnya Jepun tak mahal mana pun, the cost still within reasonable range. 

Sebenarnya trip Japan aku ni, dah 4 kali ditunda dan aku terpaksa bayar sampai seribu lebih akibat tukar tarikh flight sebanyak 4 kali !! Tarikh asalnya dulu adalah Nov 2011...cuba bayangkan, tarikh asal Nov 2011, tapi aku tunda dan akhirnya pergi pada April 2014. First time postpone tu sebab tetiba kawan aku pelawa aku pergi Paris dan Switzerland stay kat rumah dia disana. 2nd time sbb aku baru masuk keje kat tempat baharu, jadi mcm tak berapa elok nak ambik cuti seminggu lagipun masa tu tengah busy, and third time aku postpone sebab overlap dgn trip Umrah tetiba ada rezeki nak gi Umrah dgn family tercinta. 

Tapi bagus gak postpone, sbb sekarang dah tak payah buat visa. Masa memula nak realisasikan trip ni, aku rasa macam satu beban, sebab memikirkan Tokyo ni kota besar, dan aku takde idea langsung apa to expect. Banyak nak kena buat pembacaan, sekarang ni agak malas skit nak buat preparation travel, tak macam dulu sangat eager. Yea lah, nak travel sorang diri kat negara asing, memang perlukan full preparation, dari semua aspek. You have no one to rely on but yourself. Travel sendiri independently sangat beri kepuasan, you will know better tempat yang di lawati, dan setiap memori tu akan terpahat lebih dalam di ingatan. Alhamdulillah, trip kali ni run smoothly tanpa ada insiden tak dingini berlaku. Everything goes almost as planned.


Akhitnya berakhir sudah, perjalanan solo aku menjelajah dan mengenali keindahan alam bumi Jepun, teknologi yg mereka embrace dan tatatertib orang2nya. 


Sampai je Airport Haneda, pi carik surau, alhamdulilah sejak akhir2 ni KerajaanJepun  semakin muslim friendly dari segi penyediaan facility utk muslim. Mereka tahu skrg semakin ramai pelancong dr Negara islam spt Malaysia dan Indonesia. Q check in sgt la panjang, sejam gak beratur. Masuk ke depature hall, carik tmpt makan, lapar sgt ni, tak byk choice, so hentam saje lah, makan je, menu terakhir di Jepun ialah riceball berintikan tuna dan sayur masam, sup udon, hirisan sayur2an rangup (yg ni sedap). 


Selalunya tatkala pulang ke Malaysia dari Negara Eropah, aku rasa bangga bila dpt kembali ke tanah air dan perasaan syukur dan syg pada Malaysia bertambah menebal, bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Tapi , berlainan dgn apa yg aku rasa tatkala pulang dari Jepun, semacam timbul rasa kagum dan keinginan utk melihat yg kesedaran bahawa Negara Malaysia kita harus suatu ketika nanti, perlu mencontohi Negara Jepun, dan sikap orang orang Jepun, yg dedikasi, baik, beradab, disiplin dan menghormati orang. Aku ingin jadi macam orang Jepun, dan aku rasa aku sukakan attitude orang Jepun dan aku ingin jd mcm tu. Macam macam perkara positif kita boleh ambik dan pelajari dari Jepun, untuk kita terapkan dalam hidup kita.


Tokyo sebuah kota yg crowded, but very very well organized. They can live together, in big population, without any trouble, but everything seems go smoothly and everyone seems happy, on the surface to what i see, at least. Tokyo is the reflection of the future, if you want to see the future of world, go to Tokyo, and u have an idea, what future gonna looks like. 


Aku berjanji pada diri sendiri, aku nak datang lagi ke Jepun. Aku nak ke Osaka, Kyoto, Hiroshima dan Nagoya pulak. 

Hope apa yg aku coret ttg trip aku ke Tokyo ni dpt bantu sikit sebanyak sesapa yg ingin buat preparation ke sana, what to expect, what to eat, how to commute , etc, etc. 

Arigato ohayogazaimas! 

Posting seterusnya berkenaan Kembara Spiritual (Umrah) di Tanah Suci... banyak foto-foto menarik untuk dikongsi...tunggu...

2 comments:

  1. abis daaa??? haaa.... x per kita tunggu Umrah nye pulak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...
      blog pasal umrah pun tak terbuat2... busy skit siapkan satu projek...

      u ada email address tak?

      Delete