Thursday, June 12, 2014

Tokyo Trip - Day 6


11th April 2014

My last day di bumi matahari terbit ni. Libur di bumi Jepang bakal berakhir. Rasa macam belum ingin balik lagi.


I switched on the TV, timeslot pagi setiap channel mempertontonkan talkshows and news, kecuali ada setengah jam diselitkan siaran satu drama ala-ala drama Oshin, kisah budak perempuan dari keluarga miskin yang dihantar belajar ke sebuah institusi pendidikan berteraskan English. Best jugak layan drama tu. Ingat nak download kat torrent. Tapi tajuk pulak tak tahu, ada sesapa tahu tak?

Sepanjang seminggu aku di Tokyo, TV channel mereka tak pernah jemu untuk terus berbicara tentang bunga sakura yg tengah blossoms, again and again, sometimes buat live telecast dari tempat tertentu untuk tunjuk suasana sakura blossoms. They really celebrate it, sakura really significant in their culture and life. Ikea baru masuk ke Jepun ke?



Luggage perlu di pack, sebelum keluar bersiar di Sensoji Temple, untuk buat last minutes shopping. Jam 11 pagi, sharp, receptionist call, to give friendly reminder check-out time at 11 am. Aku memang about to check out pun at that very moment. Simpan luggage kat receptionist area. Baru je beberapa tapak keluar, oh, baru teringat yang aku ada berbaki 2000Yen cash aku simpan dalam luggage tu. Dalam wallet dah tinggal sikit je dah. Patah balik ke hotel untuk geledah semula luggage. Nasib baik teringat sebelum bergerak jauh.

Masa kat Senjosi shopping street tu, aku beli aiskrim, nampak macam ramai je pelanggan (try je la karang kempunan pulak). Yang menariknya di Jepun ni, kalau kita beli apa apa makanan di gerai, kita kena makan dan habiskan makanan tu disitu jugak. Tak boleh makan di tempat lain. Undang-undanng mcm tu kot. Dan sampah yang ade mesti dibuang di kedai tu jugak. Siap ada sorang penjaga kedai yang jaga depan pintu kedai untuk menghalang customer yg terlupa atau tak tahu yang ingin bawak keluar makanan tu. Aku salah satu customer yg tak tahu tu. Hahaha. Patut la pada mulanya aku hairan, apahal ramai sangat tercengat makan dalam kedai ni. Foto dibawah bukan kedai asikrim tu.


Di Jepun ni sememangnya sangat jarangggg jumpa tong sampah. Memang susah untuk buang sampah, apa yg aku pelajari, setiap sampah mesti di bawak balik ke rumah masing-masing dan dispose dalam tong sampah di rumah. Aku tak tahu lah ada rationalnya mereka berbuat sebegini, maybe nak kurangkan kos untuk pekerja city hall untuk uruskan pembuangan sampah di tempat awam. Atau untuk kekalkan kebersihan di tahap optimum. Salah satu sebab kenapa tak banyak tong sampah sebab mereka tak banyak consume benda yg boleh menyumbang kepada sampah, contoh macam makanan tepi jalan. Kat sini memang takde langsung gerai tepi jalan yang jual goreng2an, or kuih2, or air minuman. Semuanya kalau nak, beli dari vending machine, atau kedai / restaurant. Then, lepas beli, kalau ada bahan buangan seperti bungkusan tu simpan dalam beg dan buang di dalam tong sampah dirumah. 


Selesai di Sensoji, aku teruskan ke destinasi terakhir libur di Jepang iaitu Edo-Tokyo Museum. Kenapa museum? Sebab di sini boleh kill the time 2,3 jam tanpa berpeluh, malah dengan penuh santai. Aku kalau dah masuk museum, memang akan spend time at least 3 jam. I love museum,  I love history, I love the ruins of the past. So, sementara nak tunggu berangkat ke airpot, ada baiknya aku habiskan masa di museum. Entry fee Yen500 kalau tak silap. Museum ni berbentuk seakan sebuah kapal. Nampak agak futuristic dari luar. 


Dalamnya di pamerkan sejarah tentang kota Tokyo seawal waktu tempat ini dinamakan Edo. Dipamerkan replika istana zaman Edo yang kebanyakannya telah musnah akibat kebakaran. Edo seringkali dikaitkan dengan dua bencana malang, iaitu Kebakaran dan Gempabumi, dua bencana yg sering menjadi sejarah buruk pada Edo. Istana dan struktur dahulu mostly diperbuat dari kayu.Itulah Edo, yang kayu musnah terbakar, yang batu musnah akibat gempa bumi. Sedih juga tengok foto foto kemusnahan kota Tokyo akibat gempa bumi pada akhir kurun ke 19. Banyak bangunan berciri senibina barat musnah.

Dari sejarah Edo, sampai la ke zaman modern Tokyo, semua dipamerkan, termasuk lah model kompleks stadium Olimpik yang bakal berlangsung di Tokyo beberapa tahun lagi. Aku berada dalam muzium sampai la muzium nak ditutup, ramai jugak pengunjung waktu tu. Tips, kalau nak berada dalam muzium ni, jika anda bawa backpack, better simpan dalam locker yang disediakan percuma. Kalau tak, tentu penat nak usung backpack selama beberapa jam dalam muzium. 


Dari muzium, aku patah ke Asakusa untuk ambik luggage, refresh skit dlm toilet, tukar baju dan seluar, pakai pakaian yang paling comfortable. Then say bye bye to Hotel Asakusa Central, sayonara Asakusa!  ("rumah” aku selama 6 malam di Tokyo). Ambik subway ke station Daimon. Masa aku tiba di stesen Daimon, the scene of my first night in Tokyo flash back into my head. Kat sinilah for the very first time aku jejakkan kaki di bumi Jepun, right here. But now, I am going to the opposite direction.

I also remember for the first time masa naik monorail dari airport ke city, I looked outside of monorail windows and talked to myself, owh I am in Japan now, rasa macam tak percaya je. I look at Tokyo city with an excitement to go thru the 6 days of vacation, to see what I expected to see. And now I did accomplish it, mostly (except the whole piece view of Mount Fuji). Sebenarnya Jepun tak mahal mana pun, the cost still within reasonable range. 

Sebenarnya trip Japan aku ni, dah 4 kali ditunda dan aku terpaksa bayar sampai seribu lebih akibat tukar tarikh flight sebanyak 4 kali !! Tarikh asalnya dulu adalah Nov 2011...cuba bayangkan, tarikh asal Nov 2011, tapi aku tunda dan akhirnya pergi pada April 2014. First time postpone tu sebab tetiba kawan aku pelawa aku pergi Paris dan Switzerland stay kat rumah dia disana. 2nd time sbb aku baru masuk keje kat tempat baharu, jadi mcm tak berapa elok nak ambik cuti seminggu lagipun masa tu tengah busy, and third time aku postpone sebab overlap dgn trip Umrah tetiba ada rezeki nak gi Umrah dgn family tercinta. 

Tapi bagus gak postpone, sbb sekarang dah tak payah buat visa. Masa memula nak realisasikan trip ni, aku rasa macam satu beban, sebab memikirkan Tokyo ni kota besar, dan aku takde idea langsung apa to expect. Banyak nak kena buat pembacaan, sekarang ni agak malas skit nak buat preparation travel, tak macam dulu sangat eager. Yea lah, nak travel sorang diri kat negara asing, memang perlukan full preparation, dari semua aspek. You have no one to rely on but yourself. Travel sendiri independently sangat beri kepuasan, you will know better tempat yang di lawati, dan setiap memori tu akan terpahat lebih dalam di ingatan. Alhamdulillah, trip kali ni run smoothly tanpa ada insiden tak dingini berlaku. Everything goes almost as planned.


Akhitnya berakhir sudah, perjalanan solo aku menjelajah dan mengenali keindahan alam bumi Jepun, teknologi yg mereka embrace dan tatatertib orang2nya. 


Sampai je Airport Haneda, pi carik surau, alhamdulilah sejak akhir2 ni KerajaanJepun  semakin muslim friendly dari segi penyediaan facility utk muslim. Mereka tahu skrg semakin ramai pelancong dr Negara islam spt Malaysia dan Indonesia. Q check in sgt la panjang, sejam gak beratur. Masuk ke depature hall, carik tmpt makan, lapar sgt ni, tak byk choice, so hentam saje lah, makan je, menu terakhir di Jepun ialah riceball berintikan tuna dan sayur masam, sup udon, hirisan sayur2an rangup (yg ni sedap). 


Selalunya tatkala pulang ke Malaysia dari Negara Eropah, aku rasa bangga bila dpt kembali ke tanah air dan perasaan syukur dan syg pada Malaysia bertambah menebal, bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Tapi , berlainan dgn apa yg aku rasa tatkala pulang dari Jepun, semacam timbul rasa kagum dan keinginan utk melihat yg kesedaran bahawa Negara Malaysia kita harus suatu ketika nanti, perlu mencontohi Negara Jepun, dan sikap orang orang Jepun, yg dedikasi, baik, beradab, disiplin dan menghormati orang. Aku ingin jadi macam orang Jepun, dan aku rasa aku sukakan attitude orang Jepun dan aku ingin jd mcm tu. Macam macam perkara positif kita boleh ambik dan pelajari dari Jepun, untuk kita terapkan dalam hidup kita.


Tokyo sebuah kota yg crowded, but very very well organized. They can live together, in big population, without any trouble, but everything seems go smoothly and everyone seems happy, on the surface to what i see, at least. Tokyo is the reflection of the future, if you want to see the future of world, go to Tokyo, and u have an idea, what future gonna looks like. 


Aku berjanji pada diri sendiri, aku nak datang lagi ke Jepun. Aku nak ke Osaka, Kyoto, Hiroshima dan Nagoya pulak. 

Hope apa yg aku coret ttg trip aku ke Tokyo ni dpt bantu sikit sebanyak sesapa yg ingin buat preparation ke sana, what to expect, what to eat, how to commute , etc, etc. 

Arigato ohayogazaimas! 

Posting seterusnya berkenaan Kembara Spiritual (Umrah) di Tanah Suci... banyak foto-foto menarik untuk dikongsi...tunggu...

Tuesday, June 3, 2014

Tokyo Trip - Day 5


10th April 2014

Rencana hari ini nak melawat ke Tsukiji Market (pasar ikan untuk tengok tuna auction) dan kemudian ke Odaiba (Tokyo bay). Then balik semula ke Asakusa menaiki Hamiko Cruise Line (Sumida river cruise) untuk ke Sensoji Temple. *Foto di bawah diambil dari google.



Keluar dari hotel sekitar pukul 9 lebih, ambik subway ke Station Tsukijishijo. Sampai sana jarum jam dah menghampiri pukol 10 dah. Sebaik melangkah keluar dari tren, hidung aku dapat detect semacam bau hanyir ikan, tak la kuat baunya, tapi yet the smell is obviously exceptional, sebab di stesen-stesen subway lain tak ada bau macam ni. Ambik exit untuk ke market, boleh rujuk locality map di stesen. Keluar dari exit, belok ke kiri beberapa langkah terus jumpa ke kawasan masuk pasar. Di situ ada seorang polis pelancong berdiri dan agihkan satu risalah panduan menyusuri Tsukiji Market. Risalah tu akan tunjuk bahagian yang boleh dilawati oleh pelancong dan bahagian yang tidak, serta kawasan laluan pejalan kaki. 


Confuse jugak nak fahami sekilas pandang, tapi aku bergerak bersama sekumpulan tourist lain. Ada satu laluan khas untuk pejalan kaki yang berwarna hijau. Sepanjang berada di pasar ini kena sentiasa berhati-hati sebab kenderaan pengangkut barang tak kira besar atau kecil sentiasa bersimpang siur. Jika berlaku sebarang kemalangan adalah tanggungjawab sendiri sebab ni adalah pasar, bukan kawasan khas utk tujuan pelancongan, tanggungjawab terletak pada pelancong. 





Berjalan sekitar 100 meter kita akan bertemu satu dry market, ada lebih kurang 6 row kedai, keadaan pasar kering ni lebih kurang je macam pasar di tanahair. Antara barangan yang dijual, ada kedai jual pisau, kepelbagaian green tea, makanan laut kering, selipar jepun, etc. Yang paling menjadi tumpuan adalah barisan kedai makanan tadisi jepun, ada sushi, shashimi, unagi, dan lain lain yang aku tak berapa arif namanya. Kedai sushi, q nak masuk boleh tahan panjang, pasti sedap agaknya yea, ye lah seafood fresh dari pasar. Plan nak singgah salah satu masa berpatah balik nanti, perut tengah lapar, sebab ala kadar saja pagi ni. 


Teruskan berjalan menuju pasar basah, yang letaknya di seberang jalan. Dari luar, mula-mula nampak semacam kawasan pemunggahan, ada 4 row besar, itu bukan pasar basahnya. Teruskan lagi berjalan ke belakangnya baru jumpa pasar basah yang dipanggil immediate market yg boleh dimasuki pelancong. Dulu seingat aku pernah tengok dalam TV, Pasar Tsukiji ni macam kelihatan elok je, ternyata relialitinya, tak seperti yang aku jangka (over expectation). Agak becak juga, dah nama pun pasar kan. Aku terbaca yang pasar Tsukiji bakal berpindah ke pasar baharu di kawasan Odaiba jangkaan dalam tahun ni.


By the time aku sampai, sebenarnya dah lewat, the real hectic morning market scene dah berlalu, termasuk aktiviti tuna auction yang menjadi daya penarik utama. Pelancong pun dah tak ramai. Dah tak banyak dah yg dapat dilihat, most of the penjual situ tengah buat proses clean up. Nasib baik masih ada a few kedai yang masih operasi, dapat lah tengok hasil tangkapan laut daripada takde langsung. 


Yang menjadi highlight semestinya ikan tuna, ikan yg menjadi sumber protein utama orang Jepun. Ikan Tuna ni ibarat lembu versi laut, maknanya, ikan ni ikan daging, menjadikan ia sumber protein utama Jepun. Negara Jepun ni kekurangan kawasan daratan untuk hasilkan sumber protein darat seperti lembu dan kambing, jadi mereka lebih banyak consume sumber protein dari laut. Jepun mempunyai kawasan laut lepas yang sangat luas. This explain why makanan Jepun  banyak berasaskan makanan laut. 


Dapat lah tengok aksi orang Jepun tengok potong ikan Tuna. This is the most interesting part in this market. Memang besar ikan tuna disini, diorang potong tuna dah macam butcher potong daging lembu gayanya. Mata ikan tuna je dah sebesar penumbuk. Dikoreknya daging2 kat kepala ikan tu, dengan teknik tertentu. Kalau dibuat singgang ikan tuna sebesar ni boleh makan seminggu gamaknya. 


Antara tangkapan laut lain yang menarik adalah sotong kurita, dan beberapa jenis kerangan laut dan spesis kepah yang gigantic. 

Kepada anda yang bercadang untuk datang ke Tsukiji Market, datang lah awal ke pasar ni, supaya tidak terlepas peluang tengok tuna auction dan kepelbagaian tangkapan laut.

Lepas puas merayau dalam pasar basah tu, patah balik ke dry market untuk makan. Masuk kedai yang tak jual sushi, sebab yang tu je tak payah Q. Sepanjang di sini aku nak rasa sebanyak mungkin Japanese gastronomic experience. Bila lagi kan. Soal makan di sini, agak OK sebab banyak makanan berasaskan makanan laut. Berbanding negara jirannya Korea, payah skit nak makan sana sebab rata-rata daging, ayam dan bab*. 


Kedai makan ini is good example of typical Japanese restaurant, not spacious, hanya dilengkapi kerusi bangku panjang, dgn meja makan panjang satu kaki setengah lebar. Beg dan kemera milik customer digantung di dinding sebab takde space di meja untuk selain makanan. Pergerakan dalam restaurant agak terbatas, bergesel dengan dinding dan customer lain. The customers are all facing towards the serving guy standing inside sort-of bar or outerkitchen. 


They got few tempting menus displayed on the wall, hmmm, this time I decided to try Unagi, i.e. grilled eel in soy sauce, served with rice. Kinda taste good, though it may look simple dish, could be the eel is fresh one, with the right technique of splicing and cooking. The price is quite on the high side, it costs me Y2000++ (tak berapa ingat the exact). Selalunya kalau aku makan kat sushi kat restoran Uobei Sushi I spent Y1500++,  makan sushi bagai nak gila dengan beberapa side dishes. 



When I just entered the restaurant, the owner cum waiter cum cashier asked me what language I would like him to speak to me, Chinese? Korean? English? (You know my answer). Masa aku nak berangkat pergi, tauke kedai tu baru nak tanya aku asal mana, bila dia tahu aku dari Malaysia, dia pun kata "Terima Kasih", ok, good customer-relation skills he got there. 


Destinasi seterusnya, aku ambik subway ke Station Shiodome untuk tukar ke Yurikamome line untuk explore Odaiba. Sebaik menaiki tren Yurikamome, terus terlintas dalam fikiran, eh tren apa ni? Monorail ke? Tren ni pelik skit jenisnya, apparently ia tak macam tren subway biasa, tapi nak kata monorail pun macam bukan, sebab tak sama track nya dengan monorail yang ada di KL. Kalau perhatikan pada landasannya, rail roda terletak pada bahagian tepi kiri dan kanan.  Adakah landasan jenis ini termasuk dalam kategori monorail? Hmm most probably I think it is under category monorail. Monorail di KL rail rodanya pun di sebelah sisi tapi mengadap ke dalam, yang ini rail rodanya di sisi juga tapi mengadap ke luar. Make sense? 


Odaiba adalah kawasan pulau man-made di Tokyo Bay. Menaiki tren Yurikamome adalah salah satu cara terbaik untuk sightseeing di Tokyo Bay, murah dan selesa. Since this train runs high above the ground, so obviously the journey comes with view. Not just plain view, but great view indeed! Area covered by Yurikamome line is an area of township atas pulau manmade di Tokyo bay, you could see the port, the bay, the majestic river with wide Tokyo skylines, beautiful gardens, the township on the manmade islands with all the gigantic ferriswheel come into sight, amazing architecture of modern buildings, art sculptures, crossing the river via the rainbow bridge, etc.    



Kebanyakan bangunan disini lebih bersifat futuristic dan unik, including the distighuished Tokyo Exhibition Centre, HQ Fuji TV, Panasonic Centre, to name a few.  All in all, this is one of the best train for sightseeing secara santai. I strongly recommend you to take this train until last station to enjoy sightseeing and then later come back to the station you would like to get into, e.g. Station Odaiba-Kaihin-Koen, near to terminal feri Hamiko. Tren Yurikamome ini tak crowded.



Awalnya aku berhajat nak stop kat Station Shibaura-Futo. Konon dari situ nak berjalan kaki disepanjang Jambatan Rainbow (ambitious!), gara-gara terpengaruh bila baca salah satu tips dlm buku Tokyo City Guide. The book says walking along Rainbow Bridge would take 30 minutes or so, while taking train would take 5 minutes to cross Sumida river. Aku  excited la nak berjalan kaki atas jambatan tu, konon nak become adventurous. Tapi bila dah sampai station Shibaura-Futo (station sebelum jambatan), rupanya, panjangggggnya  jambatan tu! Tengok dalam map macam tak panjang. Aku ingatkan panjang jambatan ni macam jambatan Sydney tu. Dah la time tu matahari terik memancar, walaupun suhu masih dibawah 20degC, tapi bila kena direct sunshine still terasa bahangnya. So lupakan je la niat nak jadi adventurous (sememangnya takde pun pedesterian cross jambatan tu!).


I stunned one more time by the fact that, Tokyo is so huge! Township Odaiba ni saja, boleh dikatakan sama besar dengan Singapore central business district. Odaiba ni bukan main part of Tokyo, tapi dah cukop besar dah townshipnya. And you can see all the peoples wearing black coat, everywhere! Tokyo is like never ending city. A city connected to another bunch of cities to form a mega metropolis. If you passing thru Tokyo, you will find yourself in a city after another, after another, after another, after another, after another, after another, after another (list goes on until u lost count)…HUGE! 

Oh ya, sewaktu aku ride this Yamamote Line ni, aku observe mostly penumpang lain adalah poeples with black coat and tie, nearly 80%. Ada yang muda, ada yang senior, ada yang nampak tahap managerial. Begitulah resam di Negara maju seperti Jepun, ingin tahu jika sesebuah Negara itu sudah maju atau tidak, indikatornya adalah orang golongan atasan dan middle class naik public transport dan tidak lagi amalkan naik private cars. Tapi dengan syarat public transport kenalah bersih, comfortable, dan well kept.




Aku turun di Station Odaiba-Kaihin-Koen, untuk pulang ke Asakusa menaiki feri Hamiko. Ada sebuah mall kat situ iaitu Aqua City, sempat shopping dalam tu. If shopping makes me happy, why not? :P Banyak lagi sebenarnya tarikan pelancong di kawasan Odaiba ni, tapi aku tak explore, it could take the whole day. Tambang feri sekitar Y1500. Ada option direct route, atau yg stop-over at one station, ironically harga tiket yg direct lagi murah skit.


Sampai Asakusa, lanjutkan ke Sensoji Temple. Time to buy souvenier di Nakamise Dori, deretan kedai sepanjang 250 meter, kiri dan kanan. Banyak pilihan di sini, pelbagai barangan, dari keychain, fridge magnet, hinggalah ke topeng Nobita dan pedang Samurai. Baik-baik la peniaga di sini. Cara pembungkusan pun smart, kalau di negara lain, bungkus pakai kertas surat kabar je, tidak disini, cantik kertasnya, pastu akan di beri plastic bag extra untuk dibawa pulang jika kita beli lebih dari satu tanpa dipinta. Sesetengah kedai akan beri Origami kecil berbentuk burung sebagai tanda mereka berterima kasih. So sweet of them! Mana yang aku rasa nak beli aku beli, yang mana tak sure tu aku survey harga dulu sebab pagi esok akan datang ke sini lagi. 


Sampai ke Sensoji Temple, crowd ramai. Kawasan kompoun temple ini juga menempatkan five storey pagoda, kannon hall, taman Jepun, dan monastery. Aku paling suka 5-storey pagoda tu. Gadis Jepun yang berpakaian kimono umpama "celebrity" di sini!


Malam aku gi jalan-jalan di Shinjuku nak tgk night scene. It is known that Shinjuku is Yakuza area. Teringin nak tengok. Haha. Yakuza ni tak kacau orang awam, tu yg aku berani. Banyak pusat hiburan disini, selain pub dan restaurant. Singgah makan kat satu restoran Thai, sedapp pulak makan situ, sampai aku rasa macam nak gi Tokyo semula just semata mata nak makan kat restoran Thai tu. Restoran dia tak besar pun, jenis yg standard untuk commoners je. Tapi sedap, harga dalam Y1500.   


Malam semakin dingin, aku ke Euno kejap utk beli t-short Hard Rock CafĂ©, untuk memenuhi beberapa pesanan lagi dari Malaysia. Angin bertiup kencang malam ni, rasa menggigil sebab pakai tak tebal sgt. Sampai je bilik, bukak seluar, peha dah merekah merah-merah kena angin sejuk tadi. Tak pakai longjohn. 

Esok hari terakhir dah. Flight midnight. Sekejap je rasa dah nak balik rupanya.