Dah lama aku teringin nak tgk sendiri mcm mana keadaannya keseluruhan semenanjung Tanah Melayu yg mencakupi hingga ke kawasan selatan Thailand. Ni pengalaman pertama aku cross border Malaysia-Thai. Excited utk explore sebuah dunia yg sebenarnya tak jauh pun, tapi terasing. Aku harap lepas ni lebih ramai rakyat Malaysia pergi ke Selatan Thailand melalui jalan darat, sbb mmg dekat dan convenience. Sana byk pantai2 yg cantik, terdapat kawasan peranginan yg reputasinya terkenal seantero dunia seperti Phuket, Krabi, Phang Nga, Koh Samui, etc.
Dari KL aku ambik bas express ke Hatyai. Bas KKKL. Selain KKKL, ade lagi beberapa syarikat bas lain yg buat route KL-Hatyai, seperti Konsortium, etc. Harga tiket RM60, VIP class, jumlah penumpang 18 orang. Kerusi boleh recline jadi katil. Mmg cukop selesa, ade bantal kecik dan selimut. Buktinya aku tidor nyenyak, sedar2 dh sampai border Bukit Kayu Hitam. Proses kat kaunter imigresen Malaysia cepat je, yg slow dan kena Q panjang kat kastam Thai. Tmpt kastam Thai pun burok dan menyedihkan. Bersyukurnya jd rakyat Malaysia.
Ade satu pekan selepas border tu, Sadao. Dari Sadao ke Hatyai makan masa lagi sejam. Pekan Sadao dah nampak dh ciri2 pekan/bandar Thai, yang mana secara relatifnye lebih kusut masai berbanding bandar2 di Malaysia. Pekan/bandar di Thailand ni tak mementingkan pokok2 dan tumbuh2an. Yg ade hanyalah tar dan konkrit semata. Suasana sebegitu yg menyebabkan tmpt tu nampak hodoh, takde seri dan dlm masa yg sama suhu jd panas. Satu lagi ciri2 bandar Thailand ialah kewujudan peniaga2 tepi jalan yg byk.
Sampai Hatyai dlm kol 8 pg waktu Malaysia. Hatyai ni adalah bandar yg paling besar dan paling penting di Selatan Thailand. Kat sini ada Universiti utama, hospital yg besar, dan sebagainya. Untuk wilayah2 selatan Thailand dari Narathiwat, Pattani, Satun, Trang, Patthalung, Krabi, Phang Nga, Nakhon Sithammarat, hinggalah ke Suratthani, ...haa bandar Hatyai ni la bandar besar yg paling dekat dgn mereka. Eh aku dh hafal semua nama2 wilayah selatan thai ni rupanya...hik hik. Besar gak la Hatyai ni, byk gak high-rise bulding. Boleh dikatakan Hatyai ni mini-version of Bangkok. Kalau boleh nak je aku terus ambik minivan ke Krabi, tp disebabkan aku terpaksa tunggu travel partner aku yg dijangka sampai dlm kol 11 pagi dari Rantau Panjang, terpaksa la aku lepak dulu kat Hatyai sorang diri.
Memula aku cari restoran halal, depan Lee Garden Plaza ade stesen bas Konsortium, dari situ aku tanya orang ke sebuah restoran halal dlm 150 meter. Lee Garden tgh under reno. kena bom ke ari tu? Dh selesai breakfast, ada byk masa lagi, apa aku nak buat ni to kill the time. Singgah buat massage thai, dpt la lepaskan penat dan lelah. 200baht sejam, murahkan. Dh selesai massage, masa tu dlm kol 11 pagi, aku terus gi ke restoran hameed, tmpt kami berjanji nak berjumpa. Berejam aku tunggu situ, dah ler tomyam diorang tak brp sedap mana. Kawan aku tu, SMS kata kejap lg nak sampai, tak gak sampai2. Hangin aku satu badan. Pukol 1 ptg baru lah dia tersengih2 muncul. Kalau aku tahu, aku lepak kat massage tadi ambik 2 jam, takde lah aku tercongok kat dlm restoran tu sampai berakar bontot aku.
Oh ya sepanjang 4 hari aku kat Thailand ni, aku makan thai food kat warung2 tepi jalan, aku rasa makanan yg di sajikan tak sedap mana pun, biasa2 je, sama je standard mcm kat gerai masakan thai kat KL ni. Dan dr segi harga pun lebih kurang kat KL je, sekali makan dgn minum, kena dlm 100 baht jugak ler. So, aku advice kalau korang nak makan thai food yg sedap, gi la cari restoran2 yg proper skit kat area tourist spt Ao Nang. Jgn makan gerai2 tepi jalan, sbb rasanya tak meet expectation utk thai food yg berkualiti. Mahal skit pun takpe asalkan dpt rasa the real thai food yg sedap.
Kami gi ke travel agencies tanya minivan ke Krabi. Kat pejabat bas konsortium tu ade, 3 kali sehari. masa kami tanya tu, minivan baru je gerak. kami gi tanya kat travel agnecy lain, alhamdulillah, ade. Sorang kena 270baht. Perjalanan ambik masa 4 jam. Smooth ride. Jalan raya kat thailand ni kualiti dia bagus, setaraf dgn kita, or maybe better kot, sbb jalan dia takde lobang2 mcm kat negara kita. And then, highway diorang takde tol, sbb dia sebenarnya jalan biasa, cuma 2 lorong each way mcm highway, tp kena lalu trafiic light lah. kalau highway kat Malaysia kan takde traffic light.
Minivan singgah kat R&R di Trang. Sempat jamah makan di sini. Surau pun ade. Orang2 sini ramai muslim ye. Sama gak kat Krabi, majoriti penduduknye adalah Muslim. Masa aku sewa motor masuk ke kampung2 kat Krabi, suasana dia sebijik mcm kampung2 kat Terengganu or Kelantan, dgn majoriti penduduk nye yg pakai kopiah dan tudung. Yg membezakan cuma tulisan Thai dan mereka berakap bahasa Thai. Masjid kat kampung2 di Krabi pun byk yg besar2 dan proper.
Sepanjang perjalanan, satu lagi perkara menarik yang ingin aku kongsikan ialah sering nampak pick-up truck yg belakangnya ada makcik2 bertudung labuh duduk tercongok. Mcm suatu pemandangan yg biasa.
Sesampai nya di pekan Krabi, kami cari tuk tuk untuk ke Pantai Ao Nang. Menaiki tuk tuk ni macam naik roller coaster. Rough ride. Tapi fun! Pepandai sendiri la make sure diri tak terpelanting dari tuk tuk.
Tiba di kawasan peranginan Ao Nang, kami mencari hotel, kami pilih satu hotel berdekatan jalan utama, dan juga pantai.
3 hari berada di Krabi ni sgt best. Kami sewa motor masuk ke kampung, makan di gerai2 tepi jalan, kami jumpa kuih tradisi mereka yg sama mcm kuih tradisi Kelantan Terengganu, seperti Buah Tanjung, Jala Emas, dan ada nasi kerabu, dan nasi Khaumok. Sememangnya, melayu selatan Thai dan Melayu kelantan terengganu ni berkongsi sebahagian budaya yg sama, bentuk rumah tradisional pun mirip. Sempat makcik thai gerai tu tanya kami "seddak dok?" (read: sedap tak?).... hehehe...makcik tu tahu skit2 bahasa melayu. Rumah-rumah kampung di sini hampir kesemua ada tempayan besar. Dan ada kedai kopi dan setiap kampung, sebijik mcm kedai kopi di Malaysia, pakcik2 pakai kain pelikat dan kopiah, memang sebijik mcm Malaysia.
Kami buat island hopping. Cantik pulau2 kecilnya. Mcm Syurga. Sewaktu island hoping tu, dpt tgk nelayan sedang mencari sejenis binatang laut. Oh ya, ini satu tips penting, kalau anda ingin buat island hopping, jgn sekali kali ambik sampan kecik tu, yg berbentuk tradisional tu, sbb i tell u, it is open sea, and it could be rough sea. Kami yg naik boat besar ni pun rasa pening dan terumbang ambing. Sesekali boat kami melintasi sampan kecik yg memuatkan kira kira 10 penumpang, rasa kesian, nampak kerdil sgt sampan tu.
Dan kalau naik sampan tu, make sure pakai life jaket ok!
Aku berkesempatan naik sampan tu hari berikutnya ketika ingin ke Pantai Railey. Pantai Railey ni masih tanah besar Krabi, tp ia isolated dan tiada axcess jalan darat. Sewaktu naik sampan tu, dah ler takde jetty, pakai naik kat tepi pantai je, abis basah seluar. Pastu time tu laut agak bergelora, mak aihhh rasa mcm naik roller coaster, seriously, dah la takde life jaket, aku dh cuak dah...mmg betol2 takde safety, kalau sampan tu terbalik mmg mati katak semua. Itulah pengalaman yg paling ngeri sepanjang hidup aku. Ombak besar, sampan tu sampai jatuh melantun lantun atas permukaan air laut setiap kali kena hempas ombak besar. Ngeriiii....aku byk2 mengucap masa tu, cuak tahap max. On the way balik, aku capai jaket keselamatan siap2, sib baik ada, sbb yg ni sampan lain pulak. tp life jekatnya sikit je. ramai penumpang yg xde life jaket. Aku rasa konfident skit dgn pakai life jaket ni..masa dlm perjalanan balik ke darat, rasa macam lama sgt, nampak daratan jauhhh sangat, ya Allah, cepat la sampai.
Itulah pengalaman paling aku tak lupakan.