Tuesday, June 3, 2014

Tokyo Trip - Day 5


10th April 2014

Rencana hari ini nak melawat ke Tsukiji Market (pasar ikan untuk tengok tuna auction) dan kemudian ke Odaiba (Tokyo bay). Then balik semula ke Asakusa menaiki Hamiko Cruise Line (Sumida river cruise) untuk ke Sensoji Temple. *Foto di bawah diambil dari google.



Keluar dari hotel sekitar pukul 9 lebih, ambik subway ke Station Tsukijishijo. Sampai sana jarum jam dah menghampiri pukol 10 dah. Sebaik melangkah keluar dari tren, hidung aku dapat detect semacam bau hanyir ikan, tak la kuat baunya, tapi yet the smell is obviously exceptional, sebab di stesen-stesen subway lain tak ada bau macam ni. Ambik exit untuk ke market, boleh rujuk locality map di stesen. Keluar dari exit, belok ke kiri beberapa langkah terus jumpa ke kawasan masuk pasar. Di situ ada seorang polis pelancong berdiri dan agihkan satu risalah panduan menyusuri Tsukiji Market. Risalah tu akan tunjuk bahagian yang boleh dilawati oleh pelancong dan bahagian yang tidak, serta kawasan laluan pejalan kaki. 


Confuse jugak nak fahami sekilas pandang, tapi aku bergerak bersama sekumpulan tourist lain. Ada satu laluan khas untuk pejalan kaki yang berwarna hijau. Sepanjang berada di pasar ini kena sentiasa berhati-hati sebab kenderaan pengangkut barang tak kira besar atau kecil sentiasa bersimpang siur. Jika berlaku sebarang kemalangan adalah tanggungjawab sendiri sebab ni adalah pasar, bukan kawasan khas utk tujuan pelancongan, tanggungjawab terletak pada pelancong. 





Berjalan sekitar 100 meter kita akan bertemu satu dry market, ada lebih kurang 6 row kedai, keadaan pasar kering ni lebih kurang je macam pasar di tanahair. Antara barangan yang dijual, ada kedai jual pisau, kepelbagaian green tea, makanan laut kering, selipar jepun, etc. Yang paling menjadi tumpuan adalah barisan kedai makanan tadisi jepun, ada sushi, shashimi, unagi, dan lain lain yang aku tak berapa arif namanya. Kedai sushi, q nak masuk boleh tahan panjang, pasti sedap agaknya yea, ye lah seafood fresh dari pasar. Plan nak singgah salah satu masa berpatah balik nanti, perut tengah lapar, sebab ala kadar saja pagi ni. 


Teruskan berjalan menuju pasar basah, yang letaknya di seberang jalan. Dari luar, mula-mula nampak semacam kawasan pemunggahan, ada 4 row besar, itu bukan pasar basahnya. Teruskan lagi berjalan ke belakangnya baru jumpa pasar basah yang dipanggil immediate market yg boleh dimasuki pelancong. Dulu seingat aku pernah tengok dalam TV, Pasar Tsukiji ni macam kelihatan elok je, ternyata relialitinya, tak seperti yang aku jangka (over expectation). Agak becak juga, dah nama pun pasar kan. Aku terbaca yang pasar Tsukiji bakal berpindah ke pasar baharu di kawasan Odaiba jangkaan dalam tahun ni.


By the time aku sampai, sebenarnya dah lewat, the real hectic morning market scene dah berlalu, termasuk aktiviti tuna auction yang menjadi daya penarik utama. Pelancong pun dah tak ramai. Dah tak banyak dah yg dapat dilihat, most of the penjual situ tengah buat proses clean up. Nasib baik masih ada a few kedai yang masih operasi, dapat lah tengok hasil tangkapan laut daripada takde langsung. 


Yang menjadi highlight semestinya ikan tuna, ikan yg menjadi sumber protein utama orang Jepun. Ikan Tuna ni ibarat lembu versi laut, maknanya, ikan ni ikan daging, menjadikan ia sumber protein utama Jepun. Negara Jepun ni kekurangan kawasan daratan untuk hasilkan sumber protein darat seperti lembu dan kambing, jadi mereka lebih banyak consume sumber protein dari laut. Jepun mempunyai kawasan laut lepas yang sangat luas. This explain why makanan Jepun  banyak berasaskan makanan laut. 


Dapat lah tengok aksi orang Jepun tengok potong ikan Tuna. This is the most interesting part in this market. Memang besar ikan tuna disini, diorang potong tuna dah macam butcher potong daging lembu gayanya. Mata ikan tuna je dah sebesar penumbuk. Dikoreknya daging2 kat kepala ikan tu, dengan teknik tertentu. Kalau dibuat singgang ikan tuna sebesar ni boleh makan seminggu gamaknya. 


Antara tangkapan laut lain yang menarik adalah sotong kurita, dan beberapa jenis kerangan laut dan spesis kepah yang gigantic. 

Kepada anda yang bercadang untuk datang ke Tsukiji Market, datang lah awal ke pasar ni, supaya tidak terlepas peluang tengok tuna auction dan kepelbagaian tangkapan laut.

Lepas puas merayau dalam pasar basah tu, patah balik ke dry market untuk makan. Masuk kedai yang tak jual sushi, sebab yang tu je tak payah Q. Sepanjang di sini aku nak rasa sebanyak mungkin Japanese gastronomic experience. Bila lagi kan. Soal makan di sini, agak OK sebab banyak makanan berasaskan makanan laut. Berbanding negara jirannya Korea, payah skit nak makan sana sebab rata-rata daging, ayam dan bab*. 


Kedai makan ini is good example of typical Japanese restaurant, not spacious, hanya dilengkapi kerusi bangku panjang, dgn meja makan panjang satu kaki setengah lebar. Beg dan kemera milik customer digantung di dinding sebab takde space di meja untuk selain makanan. Pergerakan dalam restaurant agak terbatas, bergesel dengan dinding dan customer lain. The customers are all facing towards the serving guy standing inside sort-of bar or outerkitchen. 


They got few tempting menus displayed on the wall, hmmm, this time I decided to try Unagi, i.e. grilled eel in soy sauce, served with rice. Kinda taste good, though it may look simple dish, could be the eel is fresh one, with the right technique of splicing and cooking. The price is quite on the high side, it costs me Y2000++ (tak berapa ingat the exact). Selalunya kalau aku makan kat sushi kat restoran Uobei Sushi I spent Y1500++,  makan sushi bagai nak gila dengan beberapa side dishes. 



When I just entered the restaurant, the owner cum waiter cum cashier asked me what language I would like him to speak to me, Chinese? Korean? English? (You know my answer). Masa aku nak berangkat pergi, tauke kedai tu baru nak tanya aku asal mana, bila dia tahu aku dari Malaysia, dia pun kata "Terima Kasih", ok, good customer-relation skills he got there. 


Destinasi seterusnya, aku ambik subway ke Station Shiodome untuk tukar ke Yurikamome line untuk explore Odaiba. Sebaik menaiki tren Yurikamome, terus terlintas dalam fikiran, eh tren apa ni? Monorail ke? Tren ni pelik skit jenisnya, apparently ia tak macam tren subway biasa, tapi nak kata monorail pun macam bukan, sebab tak sama track nya dengan monorail yang ada di KL. Kalau perhatikan pada landasannya, rail roda terletak pada bahagian tepi kiri dan kanan.  Adakah landasan jenis ini termasuk dalam kategori monorail? Hmm most probably I think it is under category monorail. Monorail di KL rail rodanya pun di sebelah sisi tapi mengadap ke dalam, yang ini rail rodanya di sisi juga tapi mengadap ke luar. Make sense? 


Odaiba adalah kawasan pulau man-made di Tokyo Bay. Menaiki tren Yurikamome adalah salah satu cara terbaik untuk sightseeing di Tokyo Bay, murah dan selesa. Since this train runs high above the ground, so obviously the journey comes with view. Not just plain view, but great view indeed! Area covered by Yurikamome line is an area of township atas pulau manmade di Tokyo bay, you could see the port, the bay, the majestic river with wide Tokyo skylines, beautiful gardens, the township on the manmade islands with all the gigantic ferriswheel come into sight, amazing architecture of modern buildings, art sculptures, crossing the river via the rainbow bridge, etc.    



Kebanyakan bangunan disini lebih bersifat futuristic dan unik, including the distighuished Tokyo Exhibition Centre, HQ Fuji TV, Panasonic Centre, to name a few.  All in all, this is one of the best train for sightseeing secara santai. I strongly recommend you to take this train until last station to enjoy sightseeing and then later come back to the station you would like to get into, e.g. Station Odaiba-Kaihin-Koen, near to terminal feri Hamiko. Tren Yurikamome ini tak crowded.



Awalnya aku berhajat nak stop kat Station Shibaura-Futo. Konon dari situ nak berjalan kaki disepanjang Jambatan Rainbow (ambitious!), gara-gara terpengaruh bila baca salah satu tips dlm buku Tokyo City Guide. The book says walking along Rainbow Bridge would take 30 minutes or so, while taking train would take 5 minutes to cross Sumida river. Aku  excited la nak berjalan kaki atas jambatan tu, konon nak become adventurous. Tapi bila dah sampai station Shibaura-Futo (station sebelum jambatan), rupanya, panjangggggnya  jambatan tu! Tengok dalam map macam tak panjang. Aku ingatkan panjang jambatan ni macam jambatan Sydney tu. Dah la time tu matahari terik memancar, walaupun suhu masih dibawah 20degC, tapi bila kena direct sunshine still terasa bahangnya. So lupakan je la niat nak jadi adventurous (sememangnya takde pun pedesterian cross jambatan tu!).


I stunned one more time by the fact that, Tokyo is so huge! Township Odaiba ni saja, boleh dikatakan sama besar dengan Singapore central business district. Odaiba ni bukan main part of Tokyo, tapi dah cukop besar dah townshipnya. And you can see all the peoples wearing black coat, everywhere! Tokyo is like never ending city. A city connected to another bunch of cities to form a mega metropolis. If you passing thru Tokyo, you will find yourself in a city after another, after another, after another, after another, after another, after another, after another (list goes on until u lost count)…HUGE! 

Oh ya, sewaktu aku ride this Yamamote Line ni, aku observe mostly penumpang lain adalah poeples with black coat and tie, nearly 80%. Ada yang muda, ada yang senior, ada yang nampak tahap managerial. Begitulah resam di Negara maju seperti Jepun, ingin tahu jika sesebuah Negara itu sudah maju atau tidak, indikatornya adalah orang golongan atasan dan middle class naik public transport dan tidak lagi amalkan naik private cars. Tapi dengan syarat public transport kenalah bersih, comfortable, dan well kept.




Aku turun di Station Odaiba-Kaihin-Koen, untuk pulang ke Asakusa menaiki feri Hamiko. Ada sebuah mall kat situ iaitu Aqua City, sempat shopping dalam tu. If shopping makes me happy, why not? :P Banyak lagi sebenarnya tarikan pelancong di kawasan Odaiba ni, tapi aku tak explore, it could take the whole day. Tambang feri sekitar Y1500. Ada option direct route, atau yg stop-over at one station, ironically harga tiket yg direct lagi murah skit.


Sampai Asakusa, lanjutkan ke Sensoji Temple. Time to buy souvenier di Nakamise Dori, deretan kedai sepanjang 250 meter, kiri dan kanan. Banyak pilihan di sini, pelbagai barangan, dari keychain, fridge magnet, hinggalah ke topeng Nobita dan pedang Samurai. Baik-baik la peniaga di sini. Cara pembungkusan pun smart, kalau di negara lain, bungkus pakai kertas surat kabar je, tidak disini, cantik kertasnya, pastu akan di beri plastic bag extra untuk dibawa pulang jika kita beli lebih dari satu tanpa dipinta. Sesetengah kedai akan beri Origami kecil berbentuk burung sebagai tanda mereka berterima kasih. So sweet of them! Mana yang aku rasa nak beli aku beli, yang mana tak sure tu aku survey harga dulu sebab pagi esok akan datang ke sini lagi. 


Sampai ke Sensoji Temple, crowd ramai. Kawasan kompoun temple ini juga menempatkan five storey pagoda, kannon hall, taman Jepun, dan monastery. Aku paling suka 5-storey pagoda tu. Gadis Jepun yang berpakaian kimono umpama "celebrity" di sini!


Malam aku gi jalan-jalan di Shinjuku nak tgk night scene. It is known that Shinjuku is Yakuza area. Teringin nak tengok. Haha. Yakuza ni tak kacau orang awam, tu yg aku berani. Banyak pusat hiburan disini, selain pub dan restaurant. Singgah makan kat satu restoran Thai, sedapp pulak makan situ, sampai aku rasa macam nak gi Tokyo semula just semata mata nak makan kat restoran Thai tu. Restoran dia tak besar pun, jenis yg standard untuk commoners je. Tapi sedap, harga dalam Y1500.   


Malam semakin dingin, aku ke Euno kejap utk beli t-short Hard Rock CafĂ©, untuk memenuhi beberapa pesanan lagi dari Malaysia. Angin bertiup kencang malam ni, rasa menggigil sebab pakai tak tebal sgt. Sampai je bilik, bukak seluar, peha dah merekah merah-merah kena angin sejuk tadi. Tak pakai longjohn. 

Esok hari terakhir dah. Flight midnight. Sekejap je rasa dah nak balik rupanya.

Tokyo Trip - Day 4

9th April 2014

Aku mulakan hari agak kesiangan, perut asyik meragam je pagi ni. Elok juga toilet kat Jepun ni berteknologi tinggi, dapat la sedikit apresiasi dan inspirasi sewaktu melabur...haha. Keluar dari hotel pukol 7:55 pagi (7:55 pagi di sini sama macam 8:55 pagi di Malaysia, sebab waktu di Jepun pertukaran siang dan malam pada pukol 6 pagi dan 6 ptg). Cadangnya nak keluar lebih awal memandangkan bas jam 8:40 pagi sudah di booking via online. Ingatkan sempat la nak sampai Stesen Shinjuku sekitar pukol 8:25 (aku bajet ambil masa 30 minit), ternyata aku tersalah bajet timing. Puncanya, aku ambik tren JR Yamanote line, atas penilaian cuma perlu buat satu pertukaran setelah ambik metro Ginza Line di Euno. 


Namun, tidaklah aku tahu yang Yamanote Line ini akan ambil masa lebih lama sedikit kerana laluannya lebih jauh. Tren Yamanote ni umpama KTM komuter lah kalau di KL, rail nya pun above ground. Laluan Yamanote ni ring-network, dan sememangnya bila aku check rail map, laluannya lebih jauh berbanding subway (see photo below, laluan hitam berbelang putih). 


Aku dah agak dah sebab sewaktu naik tu, aku rasa macam lamanya nak sampai. Tambah pulak tren kadangkala berenti xtra beberapa minit mungkin untuk tunggu isyarat dari control centre, mcm KTM Komuter tu. Foto dibawah adalah stesen JR Yamanote Line di Euno.


Tren sangat padat sendat macam tin sardin, hinggakan orang dalam train dah tak payah secure on something to anchor themselves, sebab masing-masing berhimpit dan lean to each other (sex pervert pasti suka). Cuba tonton video youtube di bawah, haa hampir-hampir macam tu la suasana pagi tu, tapi belum tahap kena tolak sumbat macam tu sangat. Kalau anda bawak luggage atau backpack, elakkan naik Yamanote Line di waktu puncak. Better naik subway Toie dan Metro, lebih cepat, dan kurang crowded berbanding JR. Sepanjang 6 hari aku berada di Tokyo ni, this is the only time aku naik tren sepadat macam ni.


Sampai Shinjuku, jarum jam dah tunjuk pukol 8:40, hampa harapan untuk catch up bas yang dah di booking. Sepatutnya, kalau dah sampai Shinjuku pun, kena spare another 30 minutes untuk locate stesen bas. Untuk first timer, you might take some time to find the right exit to the Bus station. Confusing, besar, rushy dan crowded. Terpinga-pinga aku cari direction di tengah-tengah lautan manusia yang criss cross jalan laju-laju, macam askar  sedang berkawat untuk menuju ke medan perang. Aku cuba bergerak berhati hati sambil carik direction, kalau ada tiang aku berhenti kat belakang tiang bila nak tengok signboard sebab takut kena langgar. Haha it might sound funny. Foto dibawah ni nampak tak segerombolan orang baru keluar dari tren, cuba imagine mereka jalan lajuuuu mcm bullet tren...haru.

Keluar dari stesen, ambik masa gak nak cari stesen bas ke Mount Fuji, letaknya agak terlindung,  tersorok skit di belakang bangunan. Sini mana ada signboard in English, tu yang payah. Tambahan lagi, ada juga stesen bas domestik lain disekitar situ, so, agak mengelirukan. Sampai pejabat jual tiket, aku terus cakap nak tiket the earliest available, si penjual tiket tanya ada buat booking tak, jawapan aku takde. Next available tiket is at 11:50am, hmmm grab je lah, malas nak pikir alternatif lain, nak ambik train chou line, macam leceh pulak nak kena transit tukar train, lagipun beza sejam dua je.

Tak breakfast lagi ni, nak kena berlaku adil pada perut aku jugak, hehe. Terus je pergi putar-putar sekitar Shinjuku untuk mencari tempat yang sesuai untuk sarapan. Ada hikmah gak aku terlepas bas awal, dapat aku tengok area Shinjuku di awal pagi. Satu perkara yang menarik perhatian, para jurujual akan berdiri dan menyapa setiap orang yg lalu lalang depan kedai mereka di awal pagi sewaktu baru buka kedai. Baguskan orang Jepun, mereka sangat murah dengan greetings. 


Masuk satu kedai yg ada jual tempura dgn nasik, ok la ni, since kedai lain pun takde choice yang boleh dimakan. Sistem pembayarannya kena buat kat vending machine (macam kat kedai gunting rambut quick cut), then tunjuk tiket/resit ke cook. Aku pada awalnya tak tahu, salah sorang pelanggan dalam tu yang tolong ajarkan. Boleh la tahan makanannya, dah lapar, ngap aje. Nasi dimakan dgn tempura udang, serta tempura potongan sayur. Simple je. First time aku makan nasik dgn chopstick, biar betul.. ahaks! Minum air kosong, style orang sini macam tu, mereka minum samada green tea or air kosong.


As the matter of fact in Japan, air minuman yang dijual dalam botol atau tin mostly tawar dan kurang gula, apa saje air, air berperisa caramel pun tawar, even kopi dalam tin pun tawar! Sesuatu yang patut kita contohi. Sekarang ni aku dah mula minum air kopi, teh, or cordial bancuhan, yang tawar. Aku nak jadikan kebiasaan, dan aku dah mula sukakan minum air yg tawar, especially teh tawar, rasa sedap pulak nikmat teh tu. Terasa je teh nya, especially kalau minum sambil pejam mata. kah kah. Kopi pun aku minum kopi tawar, kalau letak gula pun setengah sudu teh saje per cawan. Satu nilai positif dari negara Jepun yang dah berjaya aku terapkan dalam hidup aku sekarang. Drink suppose to get rid of thirst, leave alone the sugar to the dessert.

Satu lagi ketaksuban orang Jepun ialah Green Tea !! Banyak product makanan/minuman yang di green-tea-version-kan, be it powdered dreen tea drink, coklat green tea, all kind of snacks yg ada versi green tea, termasuk la coklat kitkat green tea dan starbucks green tea. Sedap rupanya green tea ni, aku mula menggemari green tea stuff selapas datang ke Jepun ni. Kalau nak try minuman green tea yg sedap, aku rekemen pergi ke restoran Pasta Zanmai (byk branch di KL), order Green Tea with Milk, heaven! Satu lagi perkara yang aku terpaut dari Jepun. 

Ada lagi a few hours to kill, aku jalan tanpa arah kat area high rise Shinjuku. Take a moment just sit on a bench at one road intersection filled with elegant highrise buildings, watching the working class blue collar workers make their ways to work. Hari ni cuaca agak sejuk berbanding semalam, cloudy dan berangin, ini dah merisaukan aku takut2 fuji akan terlindung awan.

Later, wandering around kat Odakyu departmental store, ini kira macam standard Isetan. Aku ternampak etika seorang jurujual yang bow ke pelanggan yang baru selesai buat pembelian. Jurujual bow hingga pelanggan tu beredar. Kalau kita jadi pelanggan tu, mesti kita rasa sangat dihormati dan dihargai. Very civilised sangat orang Jepun ni kan, penuh tatasusila, berdisiplin, dan pembersih. Jam 11:20 aku segera ke stesen bas. Bas bergerak tepat pada waktu. Yang bagusnya, driver bas buat briefing sebelum bertolak, tp dlm  bahasa jepun. hehe. eh ke ada translation suara machine lepas tu. Perjalanan ke Kawaguchiko akan ambil masa 2 jam. 

Dalam bas awal perjalanan mata aku asyik terlelap, rasa rugi pulak sebab tak dapat nak enjoy the scenary along the way, view of ourskirt Tokyo. Selepas sejam tidor barulah segar semula wide awake. Bas mula memasuki kawasan berbukit bukau dan bergunung ganang. Negara Jepun ni secara keseluruhan lebih banyak kawasan gunung ganang dari tanahrata. Sepanjang perjalanan I can easily spot pokok sakura, proudly blooming kat lereng bukit mahupun kat kawasan rumah. Memandangkan rakyat Jepun ini berjumlah 128 juta nyawa, dan keluasan negaranya lebih kurang sebesar Sumatera, utk accommodate rakyatnya yang ramai, asal ada tanah rata even di kaki bukit, pasti ada kawasan penempatan. Itu yang aku observe di sekitar perjalanan ini. Gunung ganang mendominasi perjalanan. 

Sampai di Kawaguchiko, betul sangkaan aku, puncak Mount Fuji terlindung awan! Turun di perhentian terakhir bas iaitu stesen keretapi Kawaguchiko yang juga menempatkan Tourist Info Centre. Aku bertanya arah ke Kawaguchiko Lake dan Kachi Kachi Ropeway. Dari hadapan stesen keretapi backdropnya Mount Fuji, tapi sayang terlindung awan, nasib nampak jugak puncaknya. 


Naik cable car ke puncak Kachi Kachi, sampai atas, puncak Fuji masih lagi terlindung awan. Since takde apa sangat nak buat kat Kawaguchiko selain tengok Mt Fuji, jadi aku duduk je atas tu lebih dari sejam kot, dgn harapan awan tu akan beredar, tapi sama je. Dalam banyak banyak tempat kat langit tu, kat puncak Fuji tu jugak awan tu nak bertenggek...adoi! Kat sebelah bangku yang aku duduk tu ada seorang ibu dan anaknya, orang Jepun, juga gigih menungu puncak Fuji menonjolkan diri. I come all the way from KL nak tengok the whole piece of Fuji, one of iconic natural wonders, tp dapat tengok sekerat je!  Frust. Lesson learnt, come as early as possible, possibility clear sky in the early morning. 


Orang Jepun sukakan benda yg comel dan adorable, contoh yang aku observe, signage kat mana-mana tempat pelancongan, dalam train dan sebagainya, banyak dibuat dalam bentuk kartun yg comel2. Announcement dalam tourist tren dan cable car pun dibuat dgn music background yg comel. Dan ada patung bunny dan yg sejenis dengannya di tempat tumpuan pelancong. Dalam perjalanan menuruni ropeway, kelihatan tompokan ais, pelikkan, walhal suhu takde lah subzero. 


Dah turun bawah ke kawasan tasik, berjalan kat sekitar pekan Kawaguchiko, aku lalu kat kawasan penampatan ternampak sebuah sekolah, murid2nya tengah berlatih main softball. Softball ni sukan yang popular kat Jepun, sama macam kat USA kan, aku wonder budaya main softball ni adakah dibawa masuk oleh tentera USA yg ada pangkalan di Jepun ni.  


Rumah-rumah kat Kawaguchiko ni ada je rumah yang uzur dan buruk, dan kawasan sekolah itself pun taklah nampak lawa perfect sangat, pagar sekolah pun dah run down. Eventhough Jepun ni negara maju, tp kawasan pekan luar bandar lebih kurang Malaysia je. Aku nampak ada satu sudut, kawasan rumah saling tak tumpah macam rumah di kampong baharu KL, kalau tak caya tengok foto di bawah.

Orang Jepun ni  kurang suka tanam bunga kat kawasan rumah, tak macam orang Europe. Kalau di Europe bandar countryside gini, setiap rumah yang ada halaman mesti ada tanam bunga, even kalau takde halaman pun mereka akan gantung pasu2 bunga kat tingkap. Tu yang buat European towns or villages look charming. There’s also no cheese in Japan’s souvineir shop! 

Bas bergerak sharp at 5:10 ptg. Mt Fuji masih diselimuti awan gemawan. Cess....


Bas sampai ke terminal di Shinjuku, hari dah gelap, 

Nak dinner di dalam Stesen Shinjuku, cadangnya aku nak dine-in, lepas buat pesanan dalam bahasa isyarat, then aku dah duduk dah dan dihidangkan green tea panas, tapi waitress tu salah faham, di tapaukan nya makanan aku, hmmmm what make she think that I want to take way? Aku tak cakap pun padahal, adakah maybe sebab masa aku nak order tu aku tak duduk dulu, aku berdiri sambil order, seolah-olah macam aku nak take away kot, logik tak teori aku? Masa dia kasi aku tapauan tu, tak sampai hati lak aku nak cakap aku nak makan situ, sebab elok cantik pulak dia bungkuskan makanan aku tu, siap letak dalam paper beg cantik, sambil sentiasa tersenyum ceria je. Takpelah, bawak balik makan kat hotel, ingatkan nak merasa la makan kat kedai duduk bersebelahan rapat-rapat bersama sama orang2 Jepun yang berpakaian baju kot hitam..hik ..konon nak ambik mood feeling macam masyarakat urban Jepun baru balik kerja! …Kiki……Terpaksa la balik hotel terus, plan asal lepas isi perut, ingat nak rayau2 kat Shinjuku waktu malam. Takpe, malam esok ada lagi. 

Hari ini aku terkilan sebab tak dapat tengok Mount Fuji seperti foto dibawah :(


Esok, Tsukiji Market to see tuna auction, Odaiba (Tokyo Bay), Sumida river cruise, etc.